Di sebalik kemenangan Red Devils dalam aksi sebentar tadi, ada khabar duka melibatkan Marcus Rashford yang cedera.
Baca Juga:
- Man. United vs Brentford: Marcus Rashford Pastikan Peminat United Bersahur Dengan Kemenangan
- Aksi Everton vs Tottenham Dihentikan Seketika, Beri Laluan Untuk Pemain Berbuka Puasa
- Newcastle vs Man United: Setan Merah Terus Catat Rekod Buruk Lawan 9 Teratas
Manchester United memastikan 3 mata milik mereka dalam usaha kelab itu untuk terus berada di 4 teratas, bagi melayakkan diri ke UCL musim hadapan.
Dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford, Manchester United melayan kunjungan pasukan Everton yang berusaha untuk mendaki carta liga menjauhi zon penyingkiran.
Manchester United menang 2-0 ke atas pasukan yang berpangkalan di Merseyside itu.
Man United mencetak 1 gol di setiap babak. Scott McTominay pada separuh masa pertama dan Anthony Martial pada separuh masa kedua.
Martial salutes the Old Trafford crowd 🫡🇫🇷 pic.twitter.com/7H0LW2lxZ4
— UtdPlug (@UtdPlug) April 8, 2023
Aksi di Old Trafford sebenarnya agak rancak. Di mana Man United melepaskan 25 percubaan ke arah gawang lawan. Everton – walaupun terhad penguasaan bola – tetap melepaskan 15 percubaan ke arah gawang United.
Anak anak buah Erik Ten Hag mungkin harus lebih tajam di hadapan gol. Kerana hanya 2 gol terhasil daripada 11 percubaan tepat.
Tetapi apa paling penting adalah 3 mata. Membolehkan United kini memintas Newcastle, sekurang kurangnya untuk beberapa jam.
Kerisauan Manchester United pastinya kepada Marcus Rashford yang cedera dan terpaksa dikeluarkan pada penghujung babak.
Pemain yang berada di prestasi terbaik itu kelihatan menahan kesakitan ketika dibawah keluar padang.
Erik Ten Hag masih menunggu laporan daripada pakar perubatan kelab untuk status sebenar kecederaan penyerang antarabangsa England itu.
1️⃣ hard-fought clean sheet 🚫
2️⃣ well-taken goals ⚽️⚽️
3️⃣ BIG #PL POINTS! ❤️❤️❤️#MUFC || #MUNEVE— Manchester United (@ManUtd) April 8, 2023