Manchester United meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Harry Maguire agar pemain itu terus kekal.
Harry Maguire antara pemain yang sering menerima kritikan sejak menyertai Man United dengan rekod dunia untuk bek tengah.
Kapten Manchester United itu sekali lagi menjadi buruan Barcelona. Beberapa bulan lalu, Barca menyatakan minat mereka kepada Maguire. Pemain antarabangsa England itu berjumpa dengan Erik Ten Hag, mahukan kepastian tentang kedudukannya dalam projek kelab.
Ten Hag sudah memberitahu Maguire bahawa dia pemain penting dalam projek beliau.
Dan sekarang, Barcelona sekali lagi cuba mendapatkan Maguire.
Barcelona mencadangkan agar Maguire disertakan dalam pakej perjanjian Frenkie De Jong.
Man United sudah menghantar beberapa bidaan untuk De Jong dan ianya ditolak kerana isu harga. Lantaran Barcelona mencadangkan agar Man United menggunakan kaedah pemain + tunai untuk De Jong, dengan Maguire disertakan.
Barcelona masih berusaha mencari bek tengah yang mampu menggantikan Gerard Pique untuk jangka masa panjang.
Idea itu ternyata tidak disenangi Manchester United. Erik Ten Hag malah berusaha mendapatkan gandingan terbaik untuk Maguire. Dengan nama seperti Lisandro Martinez dan Jurrien Timber serta Pau Torres juga dalam senarai.
According to reports, Manchester United have rejected a sensational request from Barcelona for England defender Harry Maguire to be included in any deal to sign midfielder Frenkie de Jong 😮
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) June 26, 2022
Namun buat masa ini, Manchester United benar benar menumpukan perhatian sepenuhnya ke atas usaha mendapatkan Frenkie De Jong. United sudah menetapkan bahawa, 30 Jun sebagai tarikh akhir mereka mahukan rundingan De Jong ini dimuktamadkan.
Jika gagal, mereka akan beralih kepada sasaran lain.