Manchester United sedia untuk lepaskan Ronaldo pada Januari ini. Ianya selepas pemain itu dilihat tidak gembira dengan polisi Erik Ten Hag baru baru ini.
Baca Juga:
- Cristiano Ronaldo Nafi Sikapnya Ganggu Keharmonian Pasukan, Anggap Diri Masih Seperti Dahulu
- Chelsea vs Manchester United: Tandukan Minit Akhir Casemiro Nafikan Kemenangan The Blues
- Man United vs Tottenham: United Catat Kemenangan Dengan Permainan Memukau
Ini ditambah dengan hakikat bahawa pemain itu bukan pilihan utama Erik Ten Hag pada ketika ini. Dia gagal untuk menjadi pemain kesebelasan utama yang regular.
Pada pra musim lalu, Ronaldo pernah meminta untuk dilepaskan ke kelab yang bermain di Liga Juara Juara Eropah namun tiada tawaran yang diterima untuk pemain itu.
Hal ini kerana gaji Ronaldo terlalu tinggi. Mendes kemudian cuba meyakinkan beberapa kelab untuk menandatangani Ronaldo dengan berjanji akan memujuk pemain itu menurunkan gajinya.
Antara kelab yang ditawarkan oleh Mendes untuk mendapatkan Ronaldo adalah Bayern, Atletico dan Chelsea.
Bayern tidak setuju dengan idea itu kerana Nagelsmann merasakan gaji Ronaldo masih terlalu tinggi.
Atletico turut bermasalah dengan perkara yang sama.
Akhirnya pemain itu terus kekal di Man United. Malangnya musim ini, dia gagal memenangi hati Ten Hag. Penjaring terbanyak Man United musim lepas, Ronaldo gagal bermain dalam prestasi yang diharapkan.
Ronaldo diberikan tempat kesebelasan utama beberapa minggu lalu kerana Martial yang cedera dan Rsdhford baru pulih dari kecederaan.
Perkara itu diakui sendiri Erik Ten Hag yang menyatakan bahawa Ronaldo masih belum bersedia sepenuhnya untuk menjadi pemain kesebelasan utama setiap minggu.
Ronaldo menunjukkan kekecewaannya dikeluarkan awal pada aksi berdepan Newcastle. Dan kemudiannya dia menunjukkan ketidakpuasan hatinya ketika aksi berdepan Spurs.
Ronaldo tidak mahu masuk sebagai pemain gantian dan kemudian pulang awal ketika Manchester United masih beraksi dalam perlawanan menentang Spurs.
Ronaldo dikenakan tindakan tegas. Dia digantung daripada tugasan menentang Chelsea dan kemudian didenda serta diarahkan berlatih dengan pasukan remaja.
Ronaldo akui dia menyesal dengan perbuatannya.
Pada Isnin dilaporkan Lembaga Pengarah kelab telah bersetuju untuk melepaskan Ronaldo. Malah sedia melepaskan pemain itu secara percuma jika ada tawaran untuk pemain tersebut.
Erik Ten Hag buat masa ini masih menganggap Ronaldo pemain penting. Namun pemain itu buat masa ini tidak merasakan bahawa dia pemain penting.
Chelsea dilaporkan antara kelab yang sedia menerima Ronaldo. Todd Boehly sebelum ini pernah berjumpa dengan ejen Ronaldo, Jorge Mendes. Namun perpindahan Ronaldo ditentang Thomas Tuchel.
Kini Boehly sudah memberitahu Graham Potter bahawa dia sedia untuk melaburkan wang untuk mendapatkan Ronaldo jika pengurus itu setuju dengan idea itu.
Manchester United will allow Cristiano Ronaldo to leave in the January transfer window, according to reports 🚨
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) October 24, 2022
Boehly menganggap Ronaldo sebagai bintang luar biasa dam boleh memberikan manfaat kepada kelab dari segi kesukanan dan publisiti.