Borussia Dortmund menyatakan bahawa Erling Haaland sedang menuju ke Manchester City. Dan pemain itu bakal menjadi penerima gaji tertinggi di EPL selepas ini.
Pep Guardiola mahu mencari no.9 tulen walaupun musim ini City masih berada di atas carta liga dengan sistem false 9.
Haaland menjadi rebutan banyak kelab elit di eropah termasuk dua kelab Manchester. Namun ayah Haaland dikatakan lebih berminat melihat anaknya bermain untuk Manchester City.
Sebagai rekod, ayah Haaland bekas pemain Manchester City yang pernah dicederakan Roy Keane sehingga terpaksa bersara.
Minggu lalu, Christian Falk dari BILD melaporkan bahawa Manchester City adalah pasukan yang sedang mendahului persaingan dan berpeluang cerah mendapatkan Haaland.
The Head of Football at German newspaper BILD, Christian Falk, says the Borussia Dortmund brass think Erling Haaland is going to Manchester City.
Falk published the news on his Twitter. pic.twitter.com/qJyG60PGr0
— Football España (@footballespana_) March 16, 2022
Falk turut menyatakan bahawa rundingan Haaland dan City lebih rancak berbanding yang digambarkan di media.
Koresponden Constantin Eckner dari Times kemudian menyatakan dia mengetahui beberapa butiran dalam rundingan tersebut.
Menurut Eckner, Haaland akan menyertai City pada musim panas akan datang dan ditawarkan gaji tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris. Maklumat ini dipercayai diketahui oleh Eckner hasil perbualannya dengan ejen Haaland iaitu Mino Raiola.
Bonus peribadi akan menjadi daya tarikan penting untuk membawa Haaland ke City selain daripada gaji sekitar £500,000 seminggu.
City sedia membayar Raiola dan ayah Haaland bonus yang besar untuk memastikan pemain itu tidak ke kelab seperti Real Madrid yang turut menarik perhatian Haaland.
Eckner turut melaporkan, City sedia membelanjakan pakej keseluruhan bernilai £170 juta untuk mendapatkan Erling Haaland. Ini termasuk yuran perpindahan, gaji, bonus ejen dan beberapa bonus lain lagi.
Ini juga bergantung kepada durasi kontrak. Laporan yang sama menyebut, Mino Raiola meminta kontrak 3 tahun sahaja dengan bonus atas tandatangan kontrak yang akan masuk ke akaun peribadi Erling Haaland, Mino Raiola dan ayah Haaland.
Manchester City menjadikan Haaland sebagai sasaran utama selepas gagal mendapatkan Harry Kane sebelum ini. Dengan Daniel Levy yang sangat berkeras tidak mahu menjual Kane ke kelab pesaing di EPL, maka City beralih kepada Haaland.