Pengerusi Manchester City Khaldoon Al Mubarak berkata Manchester City adalah jenama bola sepak nombor satu di dunia ketika ini sambil mengecam tuduhan Liga Perdana Inggeris terhadap kelab itu.
Baca Juga:
- Marcus Rashford Akui Iri Hati Lihat Man City Treble
- Ulang Tahun Ke-20 Hijrah Ke Etihad Stadium Jadi Inspirasi Jersi ‘Home’ Manchester City 2023/24
- Analisis: Peranan John Stones Dalam Taktikal Man City Sehingga Treble
Man City berdepan 115 dakwaan pelanggaran peraturan kewangan liga antara musim 2009/10 dan musim 2017/18.
Di tengah-tengah pertuduhan itu, City telah menghasilkan kempen sensasi musim ini apabila mereka memenangi treble bersejarah, dengan merangkul Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah.
Al Mubarak kini akhirnya bersuara tentang pertuduhan itu, mendakwa kelab itu telah membina ‘mesin komersial’, menjadikan Manchester City jenama nombor satu dunia dalam bola sepak.
Dalam ucapan akhir musimnya, dia berkata: “Padang bola sepak – kami bercakap tentang itu, apa yang dicapai oleh pemain ini tahun ini, Treble, adalah luar biasa.”
“Saya harap orang ramai memberikan tumpuan dan menilai mereka untuk bola sepak mereka dan apa yang mereka capai di atas padang dan apa yang mereka capai dalam setiap pertandingan yang mereka sertai. Itulah realitinya.”
Al Mubarak meneruskan dengan menekankan betapa baiknya prestasi kelab itu di dalam dan di luar pandang, dengan menyatakan nilai kelab mereka kini melebihi $6 bilion.
Dan dia juga merujuk kepada kelab itu sebagai menghasilkan bakat terbaik di dalam dan di luar padang, menonjolkan scouting dan eksekutif berkelas dunia.
“Kelab ini secara keseluruhannya dikendalikan dengan baik, dikendalikan dengan sangat baik.”
“Hari ini, nilai kumpulan ini memiliki nilai melebihi enam bilion dolar. Kami telah mencipta begitu banyak nilai – kami telah membawa masuk pelabur bertaraf dunia,” tambahnya.
“Kenapa? Kerana kami mempunyai mesin komersial di sini yang merupakan antara yang terbaik di dunia.”
“Eksekutif kami dipacu oleh pasukan terbaik di dunia – sentiasa. Dan juga, itu adalah kredit kepada kami. Saya menghormatinya.”
“Orang ramai menghargai bahawa kami berjaya melakukannya – bukan hanya bakat terbaik di atas padang, bukan hanya bakat terbaik dalam akademi.”
“Dan bukan hanya bakat terbaik dalam kumpulan, tetapi kami melahirkan beberapa eksekutif terbaik di dunia, beberapa daripada pemantau bakat terbaik di dunia, beberapa kakitangan sukan terbaik di dunia.”
“Dan itu adalah bukti kerja hebat yang dilakukan kumpulan ini. Kami adalah jenama bola sepak No. 1 di dunia. Ini adalah fakta; ini adalah fakta.”
🗣️ “We’ve created so much value, why? Because we have a commercial machine here that is one of the best in the world. We’re the number one football brand in the world. These are the facts. The club generates tremendous revenue.”
Chairman Khaldoon Al Mubarak on Manchester City 💰 pic.twitter.com/behp03IXGu
— Football Daily (@footballdaily) June 19, 2023
“Kelab ini menjana pendapatan yang besar. Anda melihat jualan kami dari segi apa yang kami hasilkan, dari segi akademi kami, daripada pasukan utama kami.”