Manchester City rasmi bergelar juara Piala Super Eropah 2023, selepas menewaskan Sevilla menerusi penentuan penalti yang agak mendebarkan.

Baca Juga:

Man City selaku juara UCL bertemu dengan juara UEL iaitu Sevilla dalam aksi Piala Super Eropah.

Manchester City sudah tentunya tidak pernah memenangi pertandingan ini sebelum ini memandangkan mereka baru sahaja bergelar juara Eropah sekali pada musim lalu.

Sebelum ini Manchester City terlepas peluang untuk menjulang Perisai Komuniti 2023 apabila tewas di tangan Arsenal menerusi penentuan sepakan penalti 1-4.

Namun pada kali ini Manchester City ternyata lebih baik dalam tugasan penalti mereka.

Ini apabila kesemua pemain mereka menyempurnakan penalti. Sementara Sevilla gagal pada percubaan kelima mnereka.

Aksi 90 minit berakhir dengan 1-1. Perlawanan terus diheret ke penentuan penalti, tidak ada peraturan masa tambahan 30 minit untuk aksi Piala Super Eropah.

Sevilla terlebih dahulu di hadapan menerusi En Neysri yang menanduk bola masuk pada separuh masa pertama.

Sevilla memiliki banyak peluang menerusi serangan balas. Namun sayangnya mereka gagal menambah gol tersebut.

Man City yang dominan lebih 70% penguasaan bola akhirnya menyamakan kedudukan menerusi pemain muda mereka Cole Palmer pada minit ke-63.

Penjaga gol kedua dua pasukan cemerlang memastikan gawang mereka tidak bocor lagi.

Pada penentuan penalti, Man City akhirnya memastikan mereka juara Piala Super Eropah edisi 2023.

Ianya piala antarabangsa kelab kedua milik Man City selepas Liga Juara Juara Eropah musim lalu.

Mereka berpeluang untuk memenangi piala antarabangsa ketiga apabila bersaing dalam Piala Dunia Kelab.