Kevin De Bruyne dan Riyad Mahrez, masing masing menjaringkan dua gol ketika Manchester City membuka semula kelebihan enam mata di puncak Liga Perdana dengan menewaskan Manchester United 4-1 di Etihad pada Ahad.
Kekalahan Man United, bermakna kini terdapat jurang 22 mata antara mereka dan City, dan merupakan satu lagi tamparan kepada peluang United untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.
The Red Devils kini mengekori Arsenal dengan satu mata di tangga keempat, yang juga mempunyai tiga perlawanan dalam tangan berbanding United.
Di tangga teratas, Liverpool juga mempunyai satu perlawanan di tangan untuk mengurangkan kelebihan City kepada tiga mata.
Tetapi anak buah Pep Guardiola bertindak balas terhadap tekanan selepas kemenangan tujuh perlawanan berturut turut The Reds dalam liga dengan bangkit daripada dua persembahan yang kurang memuaskan menentang Tottenham dan Everton.
Sama seperti dalam pertemuan mereka di Old Trafford pada awal musim ini, terdapat jurang dalam kelas yang berbeza antara kedua-dua pasukan apabila City berjaya memperoleh kemenangan berganda dalam semusim ke atas jiran mereka sejak pengambilalihan Abu Dhabi pada 2008 – dan ia mengubah keseimbangan kuasa di Manchester.
Namun ini bukan aksi mudah kerana City hanya memenangi 1 daripada 7 perlawanan terakhir derbi ini di Etihad.
United tanpa Cristiano Ronaldo dan Edinson Cavani yang cedera, dan juga pertahanan Raphael Varane dan Luke Shaw, yang tak dapat beraksi kerana kes positif coronavirus.
Pelawat bermula dengan baik. Namun serangan pertama oleh Manchester City terus menghasilkan gol daripada Kevin De Bruyne pada minit ke-5.
United bagaimanapun tetap menyukarkan City dengan serangan balas mereka. Bekas graduan Manchester City, Jadon Sancho menjaringkan gol penyamaan dengan satu rembatan sangat cantik pada minit ke-22.
Sancho meninggalkan Manchester City ketika berusia 17 tahun untuk mencari minit perlawanan lebih banyak sebagai pemain utama.
Pemain yang dibeli £73 juta itu meraikan golnya dengan gaya agak sinis di Etihad selepas dia menerima cemuhan daripada segelintir penyokong kerana memilih untuk menyertai Manchester United.
Kapten United, Harry Maguire terpaksa berhadapan dengan lebih banyak kritikan ke atasnya minggu ini. Ini kerana kegagalannya mematikan bola yang diselamatkan De Gea telah membawa kepada gol kedua Manchester City.
Segalanya berpunca daripada counterpressing Manchester City, dengan Phil Foden menewaskan Lindelof dengan sentuhan sangat baik, sebelum melepaskan rembatan. De Gea menyelamatkan bola namun City terus mengasak dan De Bruyne sekali lagi berada di tempat yang tepat pada masa yang tepat.
What an amazing day. Derby win and 50 th goal in the premier league. Blue city 💙 pic.twitter.com/8lgIc0VfZL
— Kevin De Bruyne (@KevinDeBruyne) March 6, 2022
Penyokong terus mempersoalkan kredibiliti Maguire sebagai pemimpin dalam pasukan yang bernama Manchester United.
Anak-anak buah Rangnick kemudiannya terpaksa menyerap tekanan daripada Manchester City untuk menamatkan separuh masa pertama dengan ketinggalan 2-1. United bernasib baik kerana De Gea melakukan sekurang kurangnya 2 saves yang mengelak City daripada mendapat gol tambahan.
Pada separuh masa kedua, Riyad Mahrez menewaskan David De Gea pada minit ke-68. De Gea menunjukkan kemarahannya apabila tiada pemain yang merapati Mahrez ketika pemain itu menerima sepakan penjuru. Ianya adalah half volley yang sangat cantik.
Only two Premier League players have scored 20 goals across all competitions this season:
🇪🇬 Mohamed Salah
🇩🇿 Riyad Mahrez 🆕Respect Riyad. ✊ pic.twitter.com/Sre4cJeXcT
— William Hill (@WilliamHill) March 6, 2022
Maguire gagal bertindak lebih pantas untuk menghadang bola tersebut.
Man City terus memastikan aksi dominan mereka. Dengan De Gea sekali lagi melalui hari di mana dia berdepan dengan banyak percubaan dan melakukan beberapa siri saves.
Penjaga gol kebangsaan Sepanyol itu menahan sepakan percuma De Bruyne yang kencang sebelum Mahrez merembat dari tepi kawasan.
Man United sekali lagi bolos pada minit akhir perlawanan. VAR diperlukan untuk memeriksa sama ada gol itu sah atau tidak. Dan akhirnya Mahrez diberikan gol kedua peribadinya pada malam itu.
Tamat perlawanan, Manchester 4 Man United 1.