Manchester United dilaporkan menawarkan Harry Maguire pampasan £10 juta kepada pemain itu untuk meninggalkan mereka dan menyertai kelab lain.
Baca Juga:
- Man United vs Sevilla: De Gea, Maguire Cetak Jaringan Sendiri Lewat Perlawanan
- PSG Berminat Beli Maguire £50 Juta
- Manchester United Tolak Tawaran West Ham Untuk Dapatkan Maguire
Hal ini kerana Harry Maguire tiada dalam perancangan Erik Ten Hag pada musim hadapan.
Harry Maguire musim ini gagal menjadi pilihan ketiga sekalipun. Di mana Luke Shaw yang merupakan bek kiri adalah pilihan ketiga untuk posisi bek tengah jika pemain utama tidak tersedia.
Erik Ten Hag sudah memberikan Maguire beberapa peluang musim ini. Namun dia gagal untuk menggunakan peluang itu bagi meyakinkan Ten Hag.
Pada awal musim ini, beberapa kelab dikaitkan dengan Maguire, namun Ten Hag enggan melepaskan kapten kelab itu kerana yakin dia akan mampu bangkit.
Malangnya, harapan tinggal harapan. Di mana Maguire gagal memahami kehendak sistem dan dianggap tak sesuai untuk bermain dengan taktikal Ten Hag.
Lantas Man United berusaha untuk mengeluarkan Maguire daripada senarai parol gaji kelab itu.
Pemain yang dibeli £85 juta itu beberapa bulan lalu diletakkan harga sekitar £45 juta. Namun tiada kelab yang benar benar serius mahu membayar angka sebesar itu.
Man United akhirnya memutuskan untuk membuat tawaran khas kepada kapten itu dengan sanggup memberikan Maguire £10 juta jika dia sedia membatalkan kontraknya dan mencari kelab baharu.
Man United mahu mengosongkan bil gaji yang dibayar kepada Maguire untuk membawa masuk pemain baharu.