Satu laporan sensasi yang agak mengejutkan dari UK mendakwa Real Madrid ditawarkan oleh United untuk mendapatkan Anthony Martial untuk menggantikan Karim Benzema.

Benzema sudah meninggalkan Real Madrid menyertai Al Ittihad. Ketika ini Real Madrid masih belum mendapat penyerang baharu. Mereka dikaitkan dengan Dusan Vlahovic.

Namun pemain itu lebih berminat kekal di Juventus dan merasakan Real Madrid cuma mahukan dia untuk jangka pendek sebelum mendatangani Kylian Mbappe.

Dan kini Man United memiliki solusi untuk Real Madrid. Mereka menawarkan Anthony Martial sebagai pengganti Benzema.

Martial masih belum mendapat jaminan sebagai pemain kesebelasan utama yang tetap di Man United musim ini.

Martial menjadi pemain yang mengujakan ketika Ten Hag mengambil alih musim lalu – pada aksi pra musim. Namun kecederaan membuatkan dia disisihkan dan ketika dia pulih dia gagal merampas tempat dalam kesebelasan utama United.

Muism ini pemain itu juga tidak mendapat jaminan akan bermain lebih banyak. Memandangkan Erik Ten Hag benar benar berpuas hati dengan Marcus Rashford sebagai penyerang utama yang menjadi sumber gol United.

Man United dikatakan sedia menerima harga €15 juta atau sekitar £12.8 juta sahaja yang dianggap harga lelong untuk pemain yang mereka beli dengan nilai £36 juta dari AS Monaco.

Man United merasakan Martial sangat sesuai dengan Real Madrid dan menjadi penyelesaian kepada krisis penyerang di Real Mdrid terutama sekali selepas kehilangan Benzema, Real kehilangan Vinicius Jr kerana kecederaan.