Manchester City mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan cemerlang selepas Erling Haaland menjaringkan 5 gol dalam kenduri gol Man City menentang RB Leipzig.
Baca Juga:
- Kompany Pelik Ramai Orang Kritik Manchester City
- Guardiola Mahu Chelsea Kekalkan Potter Kerana Prestasinya Cemerlang Di Brighton
- Schmeichel: Haaland Adalah Kombinasi Ibrahimovic & Ronaldo
Ini baru musim pertama Erling Haaland bersama Man City. Namun dia sudah kelihatan sangat luar biasa di hadapan gol.
Selepas berjaya menjadikan EPL dan kejohanan domestik di England taman permainannya, kini dia mengganas di UCL pula bersama dengan Manchester City.
Man City mengatasi RB Leipzig dengan kemenengan besar 7-0 pada perlawanan kedua pusingan 16 akhir yang berlangsung di Stadium Etihad.
The Citizens mengatasi Leipzig tiga gol menerusi hatrik (satu penalti) Haaland pada penghujung separuh masa pertama.
Pasukan tuan rumah menjadi lebih ganas selepas mencipta empat lagi gol tambahan pada separuh masa kedua menerusi bekas pamain Borussia Dortmund, Ilkay Guendogan, 2 lagi gol daripada Haaland dan Kevin de Bruyne.
Justeru, Man City melangkah ke suku akhir selepas menang agregat 8-1 ke atas pasukan dari Jerman, RB Leipzig.
Pasukan kendalian Pep Guardiola mara ke suku akhir buat kali keenam berturut-turut.
Haaland kini menyamaai rekod Lionel Messi dan Luis Adriano sebagai penjaring terbanyak dalam satu perlawanan UCL dengan 5 gol.
Messi sebelum ini mencetak 5 gol ke atas satu lagi kelab Jerman iaitu Bayer Leverkusen dalam kemenangan 7-1 Barcelona pada masa itu.
Sementara itu, Luis Adriano mencetak 5 gol untuk Shaktar Donetsk ketika menewaskan BATE Borisov 7-0.
Namun dari segi kepantasan gol, Haaland jauh lebih baik untuk mencetak 5 gol. Melakukannya dalam masa 53 minit berbanding Adriano (82 minit) dan Messi (84 minit).
Erling Haaland completed his five-goal performance in 57 minutes.
It took Lionel Messi 84 and Luiz Adriano 82.
LEGENDARY PERFORMANCE ✨ pic.twitter.com/uOKR1xKPsM
— ESPN FC (@ESPNFC) March 14, 2023
Manchester City pastinya dalam mood yang sangat positif memburu kejuaraan UCL pertama dalam sejarah kelab tersebut selepas beberapa kali terlepas peluang melakukannya.
Paling hampir adalah pada musim 2020/21. Namun ketika itu mereka ditewaskan Chelsea pada final.
Pep Guardiola pernah menyatakan bahawa UCL bukan sasaran utama pengurusan Man City kerana menurutnya EPL lagi sukar daripada kejohanan eropah itu.
Oleh sebab itu, masa depannya di Man City sentiasa tidak bergantung dengan pencapaiannya dalam pentas UCL.
Tetapi sudah tentunya Guardiola teringin untuk menjulang UCL sekali lagi, terutamanya bersama pasukan yang tiada Messi.