Masa depan Aymeric Laporte di Man City dilaporkan sudah ditentukan. Ini apabila kelab mahu pemain itu segera memilih destinasi baharunya.
Baca Juga:
- Tak Dihiraukan Perancis, Aymeric Laporte Bakal Sarung Jersi Sepanyol
- Here We Go: Josko Gvardiol Ke Man City Sebagai Bek Tengah Termahal Dunia
- Benjamin Mendy Minta Ganti Rugi Kepada Manchester City
Terdapat beberapa tawaran untuk Laporte setakat ini termasuk dari Spurs. Namun pemain itu terlalu cerewet untuk memilih.
Manchester City yang membeli Josko Gvardiol baru baru ini dengan nilai £100 juta pastinya cuba untuk melepaskan Laporte segera kerana gaji pemain itu.
Laporte beberapa bulan lalu sudah memberitahu Man City dia mahu meninggalkan kelab itu kerana tidak mendapat jaminan minit permainan di City.
Dengan posisi bek tengah ketika ini sangat kuat persaingannya.
Pep Guardiola sebelum ini sedia untuk melihat pemain itu kekal. Namun polisi itu berubah sekarang ini.
Laporte tidak ada dalam perancangan Guardiola pada musim baharu. City benar benar berharap pemain itu lebih terbuka dalam perpindahannya.
Pep Guardiola sendiri berharap akan dapat menjual Laporte dengan nilai sekitar £57 juta pada baki jendela perpindahan kali ini.
https://twitter.com/QatariFC/status/1688693510868725760
Laporte menjadi pemain penting Manchester City. Sehinggalah kelab itu menandatangi Ruben Dias dan kebangkitkan luar biasa John Stones.
Isu kecederaan yang kerap juga antara yang mengganggu Laporte untuk bersaing lebih sengit dengan pemain lain. Kini City turut ada Manuel Akanji dan Nathan Ake yang boleh bermain di bek tengah selain Josko Gvardiol.
Man City akan mempertahankan 3 kejuaraan pada musim ini selaku juara treble. Minggu lalu skuad bimbingan Pep Guardiola kalah dalam perebutan perisai komuniti di tangan Arsenal.