Skuad Harimau Malaya mencatat kemenangan bergaya dalam aksi persahabatan antarabangsa apabila mereka menewaskan Kemboja 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebentar tadi.
Baca Juga:
- Kim Pan-gon Panggil Aliff Izwan Sertai Skuad Harimau Malaya
- Faisal Halim Sanggup Korbankan Cuti Demi Bantu Harimau Malaya
- Fazly Mazlan Dipanggil Sertai Kem Latihan Skuad Harimau Malaya
- Kim Pan Gon Sedang Siapkan Senjata Rahsia Untuk Skuad Harimau Malaya
Perlawanan ini adalah sebahagian daripada persiapan Malaysia bagi menghadapi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.
Dalam perlawanan ini, ketua jurulatih, Kim Pan-gon menurunkan beberapa muka baharu dalam kesebelasan utama iaitu Lee Tuck, Shamie Iszuan, David Rowley dan Stuart Wilkin. Manakala Faisal Halim dilantik sebagai ketua pasukan.
Harimau Malaya bermula dengan baik dan mempunyai deretan peluang terhidang namun keadaan padang yang basah telah menyukarkan pergerakan jentera serangan.
Pada minit ke 10, Stadium Nasional Bukit Jalil bergema dengan sorakan penyokong apabila Faisal Halim menjaringkan gol pembukaan menerusi bola lambung yang cantik selepas memperdayakan benteng pertahanan Kemboja.
Jaringan tersebut adalah hasil daripada percubaan outside foot dari kotak penalti yang berjaya menewaskan penjaga gol Kemboja, Hul Kimhuy.
Perlawanan Persahabatan | Keputusan Semasa
Malaysia 1 – 0 Kemboja
Faisal Halim 11' pic.twitter.com/VTcwbLVuFV
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 9, 2022
Tersentak dengan gol itu, Kemboja cuba bangkit mencari jaringan penyamaan namun mereka gagal menembusi benteng pertahanan Harimau Malaya yang dikawal oleh gandingan Khuzaimie Piee dengan Shahrul Nazeem.
Pada minit ke 38, pemain tengah Sri Pahang, Lee Tuck berjaya menambah gol kedua apabila menyudahkan lorongan cantik daripada Faisal Halim. Ini adalah jaringan pertama beliau bersama skuad Harimau Malaya sebagai pemain naturalisasi.
Perlawanan Persahabatan | Keputusan Semasa
Malaysia 2 – 0 Kemboja
Faisal Halim 11'
Lee Tuck 38' pic.twitter.com/JJYqI2DckT— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 9, 2022
Tidak cukup dengan itu, Malaysia memperolehi gol ketiga 1 minit sebelum tamat separuh masa pertama apabila Faisal Halim melarikan bola ke kawasan kotak penalti sekaligus merembat masuk gol keduanya.
Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Perlawanan Persahabatan | Keputusan Separuh Masa Pertama
Malaysia 3 – 0 Kemboja
Faisal Halim 11'
Lee Tuck 38'
Faisal Halim 45+2' pic.twitter.com/o14LzY3SFm— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 9, 2022
Separuh masa kedua menyaksikan Kim Pan-gon melakukan 3 pertukaran pemain dengan memasukkan Sergio Aguero, Quentin Cheng dan Nor Hakim Hassan bagi menggantikan tempat Darren Lok, Ruventhiran dan Shamie Iszuan.
Hasrat Faisal Halim untuk mencipta hatrik dalam perlawanan ini juga tidak menjadi kenyataan apabila beliau terpaksa ditukar kepada Safawi Rasid bagi menajamkan lagi jentera serangan.
Bagaimanapun, Kemboja sempat menguji benteng Harimau Malaya dan nyaris menjaringkan gol pertama menerusi bekas pemain import PKNP iaitu Keo Sokpheng, mujur rembatannya tersasar.
Namun begitu, ia tidak menghalang Malaysia menambah gol keempat menerusi Stuart Wilkin apabila menyudahkan bola muntah yang gagal ditangkap kemas oleh Hul Kimhuy hasil rembatan Safawi pada minit ke 86.
Perlawanan Persahabatan | Keputusan Semasa
Malaysia 4 – 0 Kemboja
Faisal Halim 11'
Lee Tuck 38'
Faisal Halim 45+2'
Stuart Wilkin 86' pic.twitter.com/rvqc5MZtcq— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 9, 2022
Keputusan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Selepas ini, mereka akan menentang Maldives bagi aksi persahabatan kedua pada 14 Disember 2022 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Seterusnya Kim Pan-gon akan menamakan senarai akhir 23 pemain yang dibawa ke Piala AFF 2022 yang mana bagi kempen Kumpulan B, Malaysia akan bertemu Myanmar di Yangon pada 21 Disember 2022, Laos di Bukit Jalil pada 24 Disember 2022, Vietnam di Hanoi pada 27 Disember 2022 dan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari 2023.