Pengurus skuad kebangsaan Thailand, Nuanphan Lamsam yang dikenali sebagai ‘Madam Pang’ mengumumkan seorang pemain kacukan Belgium-Thailand, Owen Charlie Reinat dalam perjalanan ke Mongolia untuk menyertai pasukan itu bagi menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia B-23.

Thailand berada dalam satu kumpulan bersama Malaysia, Laos dan Mongolia. Mereka tekad mengutip 9 mata maksimum untuk mengesahkan tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di Uzbekistan pada tahun depan.

Malah, mereka kali ini membawa barisan mantap seramai 27 orang pemain sebelum jumlah itu dikecilkan kepada 23 pemain menjelang sepak mula perlawanan pertama. Owen adalah antara 4 pemain dari kelab luar negara yang terpilih menyertai pasukan itu.

Pemain ini beraksi di posisi pertahanan dan pernah menyertai kelab Belgium, Sint-Truidense V.V. sebelum dipinjamkan ke Thes Sport Tessenderlo iaitu sebuah kelab daripada divisyen 3.

Namun begitu, Madam Pang menjelaskan usaha untuk membawa pemain tersebut tidak mudah kerana banyak prosedur serta proses dokumentasi yang perlu diselesaikan melibatkan urusan status warganegara.

“Kes ini sangat sukar kerana rumit. Setiap aspek perlu diteliti dan perlu kelulusan daripada kerajaan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Thailand di Brussels yang memudahkan proses dokumentasi termasuk Kementerian Dalam Negeri Thailand yang memberi nasihat sangat baik serta Persatuan Bola Sepak Thailand yang mengumpulkan maklumat dengan teliti sehingga dia dapat menyertai pasukan kebangsaan.

“Owen memang mempunyai niat untuk menyertai Thailand dan mendapat sokongan keluarganya. Kami tidak risau dengan penyesuaian dirinya dengan keadaan cuaca sejuk di Mongolia kerana beliau sudah tinggal di luar negara sejak kecil,” kata Madam Pang dalam kenyataan rasmi.

Barisan 27 pemain skuad Thailand B-23

PENJAGA GOL

Ronnachart Phuchum (Buriram United)
Kiadtiphon Udom (Rajpracha)
Kiadtisak Chaodon (Udon Thani)

PERTAHANAN

Theerapat Laohabut  (Ayutthaya United)
Kritsanapol Booncharee (Bangkok United)
Nakin Wisetchat  (Bangkok United)
Thawatchai Inprakhon (Buriram United)
Anthonio Sanjairag (Chonburi)
Sampan Kesi (Chonburi)
Jonathan Khemdee  (Odense BK)
Jaturapat Sattham  (Port)
Chanapat Buaphan (Rajpracha)
Owen Charlie Reinat (Thes Sport)
Anusak Jaiphet (Sukhothai)
Wanchat Choosong (Uthai Thani)

TENGAH

Sittha Boonlha (Assumption United)
Chayathorn Tapsuvanavon (Bangkok United)
Airfan Doloh (Buriram United)
Pongrawit Jantawong (Chiangmai)
Sakunchai Saengthopho (Kasetsart)
Thanawat Suengchitthawon (Leicester City)
Ben Davis (Oxford United)

PENYERANG

Guntapon Keereeleang  (Bangkok United)
Tawan Khotrsupho (Chiangmai)
Jakkit Palapon (Khon Kaen United)
Korawich Tasa (Muangthong United)
Teerasak Poeiphimai (Prime Bangkok)

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Shin Tae-yong Tak Letak Sasaran Juara Piala Suzuki AFF 2020

Park Hang-seo Anggap Undian Piala AFF Biasa Saja, Tiada Yang Istimewa

Fandi Ahmad Sifatkan Malaysia Bertuah Miliki Luqman Hakim Dan Arif Aiman