Christian Pulisic kini menjadi rebutan dua kelab iaitu AC Milan dan Lyon yang masing masing berminat dengan penyerang tersebut.

AC Milan sebelum ini membida pemain itu dengan nilai hanya £12 juta sahaja bagi mendapatkan Pulisic.

Dan bidaan itu dianggap terlalu rendah untuk pemain kebangsaan Amerika Syarikat yang dibeli dengan nilai £58 juta daripada Borussia Dortmund pada 2019 itu.

Pulisic sudah diberitahu bahawa dia dibenarkan mencari kelab baharu pada jendela perpindahan kali ini.

Pemain itu sudah lama bergelut dengan prestasi di Chelsea. Dia kehilangan tempat dalam skuad Thomas Tuchel, seterusnya pada era Graham Potter, malah ketika interim Frank Lampard.

Tuchel sebelum ini pernah cuba menjual Pulisic selepas komen pemain itu yang menyalahkan taktikalnya sebagai punca pemain itu gagal menyerlah.

Sehingga sekarang, Pulisic bermain 148 kali untuk The Blues, menjaringkan 28 gol dan mencetak 21 assist sahaja.

Segalanya tidak berubah untuk Pulisic ketika Pochettino mengambil alih di mana pemain itu gagal menarik minat pengurus itu untuk meyakinkannya bahawa pemain itu harus berada dalam perancangan pasukan.

Chelsea sudah menetapkan tanda harga untuk pemain yang memasuki tahun akhir kontraknya itu pada tanda harga £20 juta.

Namun AC Milan mendakwa Chelsea meletakkan tanda harga terlalu mahal untuk pemain yang tidak akan melanjutkan kontrak bersama mereka.

Dan mereka tidak akan menerima bidaan lebih rendah daripada itu. AC Milan kemudian hadir dengan bidaann hanya £12 juta yang dicadangkan untuk dibayar secara ansuran serta sedia menambah bonus prestasi untuk pemain itu.

Chelsea tidak melayan bidaan tersebut, dan kini AC Milan mendapat persaingan daripada Lyon untuk Pulisic.

Kelab dari Perancis itu sedia memenuhi tanda harga £20 juta untuk pemain tersebut. Dan berharap Christian Pulisic akan setuju dengan terma dan syarat yang mereka tawarkan.

Beberapa minggu lalu, laporan menyebut bahawa Pulisic sudah memilih AC Milan sebagai kelab seterusnya untuk dia meneruskan karier di Eropah.