Penyerang muda negara, Luqman Hakim telah pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring pada kaki kanannya dan mula menyertai sesi latihan skuad utama KV Kortrijk.
Perkara ini dikongsikan oleh Kortrijk menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana selain Luqman, ada dua lagi pemain yang turut pulih daripada kecederaan.
Look who is back! 👀😍
🔴⚪️ #WeDoenVoort pic.twitter.com/30OWTJXUSj
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) November 25, 2020
Luqman mengalami kecederaan hamstring pada kaki kanannya ketika menjalani sesi latihan, sehari selepas aksi menentang RSC Anderlecht pada 24 Oktober lalu.
Setelah dianalisis oleh pihak perubatan kelab, otot Luqman koyak sepanjang 1.9 sentimeter sekaligus pemain berusia 19 tahun itu dinasihatkan agar berehat selama tiga minggu.
Kini, setelah pulih sepenuhnya, Luqman boleh menampilkan prestasi terbaik dalam sesi latihan sekaligus memikat hati pengendali pasukan, Yves Vanderhaeghe bagi menurunkan beliau dalam kesebelasan utama.
Pada perlawanan Jupiler Pro League seterusnya, KV Kortrijk akan turun berdepan KV Oostende di laman sendiri.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Luqman Hakim di sini:
Luqman Hakim Semakin Sado Sejak Bersama KV Kortrijk, Siapkan Badan Untuk Cabar Bola Sepak Eropah!
Safawi Rasid Gembira Luqman Hakim Jalani “Debut” Bersama Skuad Utama KV Kortrijk