Berita gembira datang dari Belgium apabila penyerang negara, Luqman Hakim menjaringkan gol dalam aksi persahabatan bersama kelabnya, KV Kortrijk baru-baru ini,
Menurut perkongsian KV Kortrijk Malaysia Fans di laman media sosial Instagram, Luqman menjaringkan satu gol ketika Kortrijk turun menentang Mandel United dalam satu aksi persahabatan.
Luqman menjaringkan gol kedua pasukan sekaligus menjadi gol kemenangam dimana sebelum itu, rakan sepasukannya iaitu Luca Foubert menjaringkan gol pertama pasukan.
Sebelum ini, Luqman berada dalam skuad utama pada perlawanan pembukaan Jupiler Pro League menentang OH Leuven yang menyaksikan Kortrijk tewas dengan keputusan 2-0.
Akan tetapi, hasrat peminat Malaysia untuk melihat pemain berusia 20 tahun itu beraksi tidak kesampaian apabila beliau hanya diletakkan di bangku simpanan sehingga perlawanan tamat.
Ketika aksi pra musim, Luqman Hakim beraksi dalam dua perlawanan ketika menentang KV Mechelen dimana beliau beraksi selama 17 minit dan juga pada aksi menentang kelab Belanda, FC Dordrecht yang mana Luqman beraksi selama 20 minit.
Satu gol dalam aksi persahabatan merupakan satu perkara baik bagi Luqman dimana beliau membuktikan yang beliau mampu untuk mencipta jaringan apabila diberikan peluang untuk beraksi.
Apa yang penting penyerang muda negara ini perlu mengekalkan momentum dan prestasi sekaligus menambat hati pengendali Kortrijk, Karim Belhocine bagi memberinya peluang untuk beraksi dalam saingan liga.
Pada perlawanan liga yang seterusnya, Kortrijk akan turun menentang RFC Seraing di laman lawan pada 1 Ogos ini dan tidak mustahil Luqman akan sekali lagi disenaraikan dalam skuad utama sekiranya menunjukkan prestasi yang baik ketika sesi latihan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:
Bengang Dibelasah Arsenal, Tuchel Mahu 3 Pemain Baharu Segera!
Presiden Napoli: “Saya Tak Boleh Jual Kamu [Koulibaly] Ke Barca, Sebab Mereka Pokai”