Thomas Tuchel ternyata tidak berpuas hati dengan urusan perpindahan Chelsea pada kali ini. Walaupun mengakui dia gembira dengan pembelian Raheem Sterling serta Kalidou Koulibaly.
Kekalahan di tangan Arsenal pada aksi pra musim membuatkan Tuchel sangat bengang. Tuchel tidak gembira dengan tahap persiapan pasukannya pada ketika ini berbanding dengan Arsenal.
Dia secara terbuka menyindir bahawa ketumpulan serangan Chelsea adalah perkara yang sudah dijangka kerana mereka memakai set pemain yang sama.
Tuchel mendesak pengurusan tertinggi agar mengusahakan pembelian sekurang kurangnya 3 pemain lagi sebelum jendela perpindahan ditutup.
Urusan perpindahan Chelsea kini diketuai sendiri oleh pemilik kelab, Todd Boehly. Dan Boehly masih mengusahakan beberapan pemain lagi.
šØ Tuchel was āFuriousā after Arsenal, Tuchel wants atleast 3 new players, he wants CBās, he wants attackers, Todd Boehly will be in discussions in next days, heās happy with Sterling and Koulibaly but wants more, he needs more. (@FabrizioRomano) #CFC pic.twitter.com/u9OYAw4Yml
— Pys (@CFCPys) July 24, 2022
Realiti di Chelsea sangat sukar ketika ini. Mereka yang baru sahaja keluar daripada sekatan kerajaan berdepan dengan isu beberapa pemain mahu meninggalkan kelab itu.
Tuchel menganggap, komitmen dan fokus para pemain tidak berada di tahap optimum untuk pasukan Chelsea.
Thomas Tuchel on this mornings defeat to Arsenal. pic.twitter.com/m2EYPdQrA2
— Frank Khalid OBE (@FrankKhalidUK) July 24, 2022
Antara pemain yang mahu meninggalkan Chelsea ialah Jules Kounde dari Sevilla. Namun pemain itu turut menjadi sasaran Barcelona.
Chelsea masih berusaha mencari seorang penyerang dalam jendela perpindahan kali ini. Selepas mereka memutuskan untuk melepaskan Lukaku secara pinjaman ke Inter Milan.
Chelsea menolak untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo dari Manchester United walaupun pada ketika ini dilihat kedua duanya saling memerlukan.