Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi ‘townhall ‘ semalam menyatakan akan mengadakan ‘spot-check’ di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang dan hari ini beliau terus membuat lawatan mengejut disana.

Dalam satu kemaskini yang dibuat sebentar tadi, Syed Saddiq jelas kecewa dengan apa yang berlaku di AMD selepas menyaksikan sendiri keadaan dan bertemu dengan pemain-pemain serta pegawai-pegawai.

Dalam kemaskini tersebut, beliau menyatakan bahawa kemudahan asas yang ada disana tidak sempurna dan pemain-pemain juga ‘complaint’ bilik yang didiami mereka panas seolah-olah berada dalam sebuah oven.

43250735_10156137966954794_5846865548436045824_o

Selain itu, mereka juga turut menyatakan bahawa makanan di sekolah lama juga adalah lebih baik berbanding di AMD sehingga ada diantara mereka yang terpaksa menyeludup masuk makanan disebabkan kelaparan.

Dari segi fasiliti pula, Syed Saddiq menjelaskan bahawa kuantiti bola yang ada tidak mencukupi begitu juga jersi latihan juga telah singkat ini menyebabkan mereka merasa tidak selesa. Gimnasium yang ada juga kosong, bilik hydrotheraphy yang tidak boleh digunakan, bilik ‘performance analysis’ yang bocor, kemudahan komputer juga terpaksa menggunakan milik peribadi.

43165849_10156137966914794_1295185334144860160_o

Jelas Syed Saddiq cukup kecewa dengan perkara ini yang telah menelan belanja sekitar RM85 juta. Beliau memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan yang tegas bagi menangani masalah di AMD demi masa depan negara.