Real Madrid bangkit dengan 5 gol selepas ketinggalan 2 gol di Anfield. Dalam satu aksi yang luar biasa oleh anak anak buah Carlo Ancelotti selepas ketinggalan.

Baca Juga:

Liverpool menerima kunjungan seteru di Eropah mereka iaitu Real Madrid dalam aksi pertama bagi pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah.

Bertempat di Anfield, Liverpool memulakan perlawanan dengan intensif. Hasilnya mereka menjaringkan gol seawal minit ke-4 menerusi Darwin Nunez.

Ianya berpunca daripada permainan kombinasi yang sempurna dan kemudian hantaran rendah Mohamed Salah ditampan Nunez dengan backheel shot.

Real Madrid bergelut untuk mendapatkan rentak mereka pada awal perlawanan.

Mohamed Salah meletakkan tuan rumah 2 gol di hadapan. Ianya berpunca daripada kesilapan Courtois yang terlalu kasual ketika memegang bola dan tergelincir.

Mohamed Salah mendapat peluang mudah dan menyempurnakannya sebalik mungkin pada minit ke-14.

Tersentak dengan gol tersebut, Real Madrid memperbaiki permainan mereka.

Dan Real Madrid membalas dengan berjaya bangkit menjaringkan 5 gol.

2 gol pada separuh masa pertama menerusi Vini Jr.

Dua lagi menerusi Eder Militao dan Karim Benzema pada awal separuh masa kedua.

Vinicius menjaringkan gol pertamanya menerusi rembatan lencong menewaskan Alisson pada minit ke-21.

Pada minit ke-36, Alisson pula melakukan kesilapan pada fasa build up dari bawah dan dipintas Vini Jr.

Awal separuh masa kedua, pada minit ke-48, Eder Militao mendapat peluang menerusi tandukan bebas yang tak dikawal. Menyambut hantaran Modric daripada sepakan percuma.

Benzema kemudian menjadikan kedudukan 2-4 apabila melakukan rembatan terbias pada Joe Gomez dan masuk.

Benzema menambah 1 lagi gol menjadikan kedudukan 2-5. Kali ini dengan serangan balas yang kemas. Benzema menunjukkan kualitinya apabila membuatkan Alisson terduduk.

Tiada tambahan gol daripada kedua dua pasukan.

Real Madrid membawa agregat 3 gol yang sangat banyak untuk aksi kedua di tempat sendiri selepas ini.

Liverpool terus menempuhi musim berliku.