Jaringan minit akhir Summerville telah menghampakan peminat Liverpool dengan kemenangan bergaya buat Leeds.
Liverpool terus menunjukkan prestasi hambar pada awal musim ini. Kali ini dikalahkan oleh sebuah lagi pasukan di kelompok bawahan.
Minggu lalu mereka dikejutkan oleh Nottingham Forest. Dan minggu ini jaringan minit akhir Summerville pula memberikan kesengsaraan sekali lagi.
Illan Meslier turut menjadi wira pasukan pelawat untuk mencipta kemenangan bersejarah di Anfield.
Di mana penjaga gol itu berjaya melakukan 9 saves dalam perlawanan ini.
Liverpool ketinggalan seawal minit ke-4 menerusi Rodrigo Moreno yang mengambil kesempatan di atas kesilapan Joe Gomez yang melakukan hantaran lemah kepada Alisson yang tergelincir.
Namun gol itu cuma bertahan 10 minit apabila Mohamed Salah menyamakan kedudukan untuk Liverpool selepas menerima hantaran lintang Andy Robertson.
Kemudian Liverpool mendominasi perlawanan dan mencipta beberapa siri peluang.
Walaupun Liverpool dominan, namun Leeds masih tetap mencipta banyak peluang keemasan dalam perlawanan ini.
Pada minit ke-21, Leeds hampir di hadapan sekali lagi menerusi percubaan Aaronson yang terkena palang.
Separuh masa pertama berakhir dengan 1-1.
Pada separuh masa kedua, Liverpool sekali lagi tampil lebih dominan. Meslier menafikan peluang Darwin Nunez pada minint ke-67.
Pada minit ke-80, Patrick Bamford memiliki peluang keemasan namun sentuhan pertamanya yang teruk membuatkan dia kehilangan peluang terbaik itu.
Leeds kemudian bertahan dengan kental. Meslier menafikan tandukan Firmino pada minitn ke-88.
Akhirnya pada minit ke-89, jaringan minit akhir Crysencio Summerville menjaringkan gol kemenangan buat Leeds. Dia memanipulasi ruang sempit dalam kotak penalti dan menewaskan Alisson.
Defeat at Anfield. #LIVLEE pic.twitter.com/pGBv9Om0V0
— Liverpool FC (@LFC) October 29, 2022
Tamat perlawanan Liverpool 1 Leeds 2. Ianya kekalahan keempat Liverpool musim ini. The Reds semakin bergelut daripada 4 teratas.