Pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi menjadi mangsa kecaman penyokong Terengganu (TFC) apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika aksi separuh akhir Piala FA 2023 menentang KL City di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam.
Baca Juga:
- Peminat Terengganu Mahu Tomislav Steinbrückner Tidak Turunkan Liridon Krasniqi
- TMJ Kepada Liridon Krasniqi: Suruh Kawan Kamu Bayar Gaji
- Liridon Krasniqi: Kita Warga Malaysia Jika Menang, Imigran Kalau Kalah
Ketika sepakan penalti pemain import KL City, Marko Zirdum berjaya dinafikan oleh penjaga gol TFC, Suhaimi Husin, Liridon mensia-siakan peluang keemasan dengan melakukan sepakan lemah yang mudah ditepis oleh penjaga gol KL City, Azim Al Amin.
Tindakan Liridon atau dikenali sebagai Mat Don itu telah menghampakan lebih 20,000 penyokong TFC yang memenuhi setiap penjuru stadium demi memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka.
Kemaraan TFC ke pentas final tidak menjadi kenyataan apabila KL City muncul sebagai pemenang menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 selepas kedudukan hingga masa tambahan terikat tanpa jaringan.
Sebelum itu, seorang lagi pemain TFC, Nik Sharif Haseefy turut gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Rata-rata penyokong TFC menghamburkan kata-kata makian terhadap Liridon Krasniqi di laman media sosial kerana dianggap sebagai punca utama kegagalan pasukan itu ke final.
Bayor gaji samah mahal kalu tendang tare tu🤦🏻 https://t.co/NfMHfzBy75
— عرفان محمد (@ipeyy27) June 25, 2023
Si bodoh ni lebih pada gaya je https://t.co/oVPezIpG96
— Sekelumit Idin (@idinhaluu) June 25, 2023
aku dok ahu la bakpe gi susun bale ni awal awal, mintah ada, faiz nasir ada fresh leg lagi, ayam ni sepak macam ke dok makang setahun 🥴 wohhh serabuk pale tengok bola gini, saje je full house malam ni dok layok final pun https://t.co/qhZDiNhqpW
— danie ☕ (@danieshams17) June 25, 2023
Malah, Liridon bukan sahaja gagal menyudahkan penalti tetapi turut dikatakan tidak mempamerkan persembahan yang diharapkan sepanjang 90 minit perlawanan.
Sebelum ini, beliau pernah dikritik kerana prestasi hambar ketika bersama skuad Harimau Malaya.
Ada juga penyokong mahu pengurusan TFC menamatkan kontrak pemain kelahiran Kosovo itu walaupun baru sahaja menyertai pasukan itu secara pinjaman dari Johor Darul Tazim (JDT).
Tiada mana-mana pemain mahu pasukannya kalah dan kegagalan menyudahkan sepakan penalti dalam perlawanan penting adalah lumrah dalam sukan bola sepak.