Saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 telah melabuhkan tirainya dengan pasukan Thailand dinobat sebagai juara setelah menewaskan Vietnam dengan keputusan 3-2 secara agregat sekaligus memenangi kejuaraan buat kali ketujuh.

Baca Juga:

Edisi kali ini menyaksikan ramai pemain yang menampilkan prestasi terbaik sepanjang kejohanan dan di sini kami menyenaraikan lima pemain yang menyinar ketika saingan Piala AFF yang boleh disambar oleh kelab Liga Malaysia.

1. Nguyen Tien Linh (Vietnam)

Piala AFF
Nguyen Tien Linh

Nguyen Tien Linh berkongsi anugerah Penjaring Terbanyak edisi kali ini bersama Teerasil Dangda dengan 6 gol. Mempunyai kelebihan perebutan bola di udara dan bijak memanfaatkan ruang yang ada, Tien Linh dilihat boleh memberi impak positif sekiranya beraksi bersama kelab Liga Malaysia.

2. Marselino Ferdinan (Indonesia)

Indonesia
Sumber Gambar: Goal.com

Marselino memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik bagi saingan edisi 2022. Bermain di posisi pemain tengah menyerang, pemain ini mempunyai kepantasan serta kualiti hantaran yang cukup baik. Pemain berusia 18 tahun ini juga tersenarai dalam 60 pemain muda yang mempunyai potensi oleh akhabr terkenal iaitu Guardian.

3. Doan Van Hau (Vietnam)

Piala AFF
Sumber Gambar: VN Express

Anda mungkin pelik mengapa pemain ini menjadi pilihan kami. Meskipun tampil ‘nakal’ dalam hampir kesemua perlawanan, namun kita tidak boleh menafikan kualiti yang dimiliki oleh Doan Van Hau.

Memiliki kepantasan dan juga pakar dalam mematahkan gerakan pemain lawan menjadi kelebihan yang dimiliki oleh pemain berusia 23 tahun ini.

4. Bordin Phala (Thailand)

Thailand
Sumber Gambar: Changsuek

Ketiadaan Supachok Sarachat memberikan ruang kepada Bordin Phala untuk menyinari dalam saingan Piala AFF kali ini. Phala berjaya menjaringkan dua gol sepanjang kejohanan dan beliau membantu Thailand muncul juara.

5. Teerasil Dangda (Thailand)

Piala AFF
Kredit Foto: Changsuek

Seluruh komuniti bola sepak Asia Tenggara sudah tahu dan mengenali siapa Teerasil Dangda. Dianggap sebagai salah satu penyerang terbaik yang dimiliki oleh Asean, Teerasil muncul sebagai penjaring terbanyak di samping Tien Linh.

Meskipun sudah mencecah usia 34 tahun, namun bekas pemain Sanfrecee Hiroshima dan Shimizu S-Pulse ini mempunyai kualiti yang sudah pasti bakal memberikan kelebihan kepada mana-mana pasukan yang berjaya mendapatkan khidmatnya.