Kylian Mbappe menyatakan dia terpaksa untuk hancurkan saudaranya Achraf Hakimi selepas ini. Perancis dan Maghribi bertemu pada hari Rabu dalam separuh akhir menarik Piala Dunia Qatar 2022.

Di mana Perancis akan cuba mara ke final untuk kejohanan itu buat kali kedua berturut-turut, manakala pasukan Afrika itu telah mencipta sejarah terbaru sebagai pasukan pertama dari benua tersebut mara ke separuh akhir.

Maghribi sedia untuk mencipta sejarah lebih besar untuk menjadi negara Afrika pertama mara ke final.

Pada separuh akhir ini, semua tumpuan akan tertumpu kepada Kylian Mbappe, pemain bintang Perancis, yang mempunyai lima gol dalam Piala Dunia edisi kali ini dan sekali lagi menjadi kunci kepada pasukannya, sama seperti empat tahun lalu di Rusia 2018.

Bagaimanapun, pasukan yang menentang mereka adalah pakej kejutan Piala Dunia 2022.

Maghribi telah berjaya menyingkirkan Portugal dan Sepanyol, dalam perjalanan ke separuh akhir. Salah seorang pemain terbaik mereka ialah Achraf Hakimi, bek sayap PSG, yang juga kawan rapat Mbappe.

Penandatanganan Achraf oleh PSG pada tahun 2021, telah mewujudkan hubungan persahabatan erat dia dengan Mbappe.

Mereka malah sempat meluangkan masa bersama di Qatar ketika ada masa lapang.

Mbappe dan Achraf Hakimi saling berkongsi kegembiraan dengan kejayaan satu sama lain.

Namun dalam aksi separuh akhir, mereka akan menjadi musuh di padang untuk 90 minit.

Mbappe berada di posisi serangan yang akan dikawal oleh Hakimi. Jadi Mbappe sudah sedia untuk hancurkan Achraf Hakimi.

Mbappe berkata: “Saya terpaksa menghancurkan kamu kawanku. Saya terpaksa menyakitkan hati kami sedikit… namun bola sepak begitulah.

Achraf Hakimi membalas: “Saya akan hancurkan kamu.”

Siapakah yang akan memenangi pertarungan antara dua sahabat baik ini nanti?