Cesc Fabregas menjaringkan gol kemenangan lewat untuk AS Monaco menerusi sepakan penalti, sekaligus mengejutkan juara bertahan, Paris Saint-Germain dengan kemenangan 3-2.
AS Monaco ketinggalan dua gol dalam perlawanan ini menerusi gol oleh Kylian Mbappe pada separuh masa pertama.
Keputusan pada separuh masa pertama itu seolah oleh meneruskan lagi rekod cemerlang PSG dengan kemenangan kesembilan berturut turut pada musim ini.
PSG lead Monaco 2-0 at halftime thanks to two Kylian Mbappe goals.
With his 98th and 99th goals, Kylian Mbappe is now PSG's 5th highest goalscorer of all time.
History maker. pic.twitter.com/ZF3lKRlArk
— CBS Sports Golazo ⚽️ (@CBSSportsGolazo) November 20, 2020
Tetapi pemain antarabangsa Jerman, Kevin Volland membolosi pintu gol PSG 2 kali sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung.
Dan Cesc Fabregas menyempurnakan penalti pada minit ke-84 setelah Abdou Diallo dikeluarkan kerana mengasari lawan di dalam kotak penalti.
Walaupun tewas, PSG kekal di puncak Ligue 1. Namun kini AS Monaco mengurangkan jurang mata kepada 4 mata sahaja – di tangga kedua.
Bercakap selepas tamat perlawanan, Tuchel ternyata kecewa dengan keputusan ini kerana pasukannya gagal mengekalkan prestasi mereka di separuh masa pertama pada separuh masa kedua.
“Saya dapat melihat dua babak yang berbeza sama sekali. Mula-mula kami mengawal permainan sepenuhnya. Dan kemudian pada babak kedua sama sekali berbeza. Saya hanya boleh mengatakan bahawa kekalahan ini adalah tanggungjawab kita.”
Tuchel turut kecewa dengan 2 gol mereka dibatalkan – iaitu gol Mbappe dan Moise Kean.
Gol Kean dibatalkan kerana ofsaid manakala gol Mbappe ditarik semula oleh VAR.
Cesc Fabregas jelas sekali menjadi nadi utama kebangkitan AS Monaco dalam perlawanan ini, sebaik sahaja masuk sebagai pemain gantian.
Cesc Fàbregas’ game by numbers vs. PSG (50 minutes):
88% pass accuracy
4 chances created
3/4 tackles won
3 shots
1 assist
1 goalLead Monaco to a huge comeback. 👏 pic.twitter.com/OxlmD8tUtW
— Statman Dave (@StatmanDave) November 20, 2020
AS Monaco bergelut dengan prestasi mereka dalam beberapa musim kebelakangan ini. Mereka mungkin boleh menjadi pesaing kejuaraan jika skuad Niko Kovac itu mengekalkan prestasi mereka.
Sebagai tambahan, ini adalah pertama kali Kylian Mbappe tewas di tangan pasukan lamanya, sejak meninggalkan mereka pada 2017.
Baca juga perkembangan lain
Messi Berikan Respon Selepas Dituduh Benci Dan Jahat Dengan Griezmann