Saingan Liga Thailand berdepan kesukaran untuk menjual hak penyiaran bagi saingan musim 2023/2024 yang akan membuka tirai tidak lama lagi.
Baca Juga:
- FA Thailand Jatuhkan Hukuman Ke Atas Pemain, Pegawai Pasukan
- Chanathip Songkrasin Tinggalkan Kawasaki Frontale
- Piala AFF 2020: Rekod Hebat Teerasil Dangda Serikan Kejayaan Thailand
Menurut laporan media tempatan, pengelola liga setakat ini hanya mampu mengumpul sebanyak 50 Juta Baht, yang mana jauh dari sasaran yang telah ditetapkan okeh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).
Antara penaja terbesar Liga Thailand iaitu AIS, sebuah syarikat telekomunikasi yang memberikan wang tajaan sebanyak 400 Juta Baht setiap musim telah tamat kontrak dan mereka enggan untuk menandatangani kontrak lanjutan.
🇹🇭 Only one month left until the 2023/24 Thai League kicks off, but so far the broadcasting rights of the tournament have not been sold.
Today, the presidents/members of the board of directors of Thai League 1 met to find a solution to the TV copyright issue.#FAT #ThaiLeague pic.twitter.com/vpCt9E2wZw
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) June 27, 2023
Sebelum ini, ketika era kegemilangan, FAT dilaporkan mendapat tajaan sebanyak hampir 1 Billion Baht setiap musim dan nilai ini berjaya membantu liga tersebut untuk menjadi liga terbaik di rantau Asia Tenggara.
Dengan rendahnya nilai tajaan yang diperoleh setakat ini, pengelola liga telah mengadakan perbincangan dengan kesemua 16 pasukan yang bertanding mengenai masalah ini.
Antara yang hadir dalam perbincangan tersebut ialah pengerusi Buriram United, Newin Chidchob, pengerusi Port FC, Nualphan Lamsam dan pengerusi BG Pathum iaitu Pawin Bhirombhakdi.
Nilai tajaan yang rendah bermaksud pasukan akan memperoleh imbuhan yang jauh lebih kecil berbanding sebelumnya dan perkara ini akan memberikan kesan terhadap kewangan pasukan.
Salah seorang pemain bintang skuad kebangsaan itu, Chanathip Songkrasin telah kembali ke saingan Liga Thailand dimana beliau bakal beraksi bersama BG Pathum United.
Pengelola liga dan FAT berharap kehadiran semula Chanathip akan membantu mereka dari segi mendapatkan lebih banyak penajaan dari syarikat besar dalam negara.