Selepas membawa masuk pemain tengah dari Filipina, Adam Reed, skuad Tok Gajah kini bakal diperkuatkan oleh penyerang dari Brazil, Ivan Carlos. Pemain tersebut dijangka akan diuji dalam perlawanan persahabatan menentang UiTM FC di Stadium Temerloh, malam ini.

Menurut sumber daripada laman sosial penyokong, pemain yang berusia 31 tahun itu sudah pun tiba di Kuantan sekaligus menguatkan khabar angin akan menyarung jersi Pahang dalam saingan Liga Malaysia musim 2020.

Malah, gambar beliau bersama seorang lagi tonggak import skuad tok gajah, Herold Goulon di sebuah restoran sekitar bandar Kuantan menjadi tular dalam media sosial.

83659719_2486251814948244_157453062984695808_o
SUMBER: Penyokong Pahang

Carlos sebelum ini pernah beraksi dalam saingan Liga Indonesia bersama pasukan Persela Lamongan dan Persija Jakarta. Sepanjang beraksi bersama dua kelab itu, beliau telah merekodkan 13 gol dalam 28 penampilan.

Pada tahun 2018, beliau dapat tawaran beraksi bersama kelab dari Eropah, Alki Oroklin dan telah menjaringkan 10 gol dalam 27 penampilan. Musim lepas, beliau menyertai kelab divisyen 1 Liga Cyprus, AEL Limassol dan sempat beraksi dalam saingan Europa League.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan pasukan Pahang musim 2020.

Dickson Nwakaeme Mahu Bermain Dengan Pahang Secara Percuma Tanpa Gaji?

Pemain Skuad Piala Asia Filipina Perkuatkan Jentera Tengah Pahang?

Gopi Rizqi Mahu Pastikan Pahang Kembali Meraih Kejuaraan Pada Tahun 2020