Bekas pemain JDT, S Chanturu menjadi pemain terbaharu yang disahkan tidak akan menyarung jersi Felda United dalam saingan Liga Malaysia musim depan menurut laporan daripada Harian Metro.

Selain Chanturu, skuad The Fighters turut kehilangan beberapa tonggak utama seperti Hadin Azman yang memilih untuk menyertai Kedah, Arif Fadzillah (Terengganu FC), Norazlan Razali (Melaka United), dan Christie Jayaseelan (PJ City FC).

Bagaimanapun, Chanturu belum membuat keputusan mengenai hala tuju pada musim depan dan dijangka akan mengumumkan nama pasukan baharunya dalam masa terdekat.

KAF
Skuad Felda United pada musim 2019. FOTO: FELDA United

Pengendali kelab itu, Mohd Nidzam Jamil mengakui ketiadaan pemain-pemain tersebut sedikit menjejaskan perancangannya untuk menghadapi saingan yang lebih mencabar pada tahun 2020 namun percaya dengan kemampuan pemain yang sedia ada.

“Ketiadaan mereka sememangnya memberi kesan dalam mempersiapkan pasukan mengharungi cabaran getir dalam saingan Liga M musim depan.

“Tapi saya percaya dengan menyandarkan pemain sedia ada termasuk Jasazrin Jamaluddin yang juga pemain senior diharap membantu memperkasakan The Fighters,” katanya.

Felda United setakat ini telah menandatangani tiga pemain import baharu iaitu Ryutaro Megumi (Jepun), Nicholas Velez (Argentina) dan Nikola Raspopovic (Serbia). Manakala khidmat penyerang dari Singapura, Khairul Amri turut dikekalkan.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia 2020 melalui pautan dibawah.

Presiden MUSA Lancarkan Tabung Bagi Kukuhkan Kewangan

Selangor II Bakal Gunakan Khidmat Pemain Import

Liridon Krasniqi Perkuatkan Jentera Tengah Harimau Selatan Musim Depan

Sumber