Pemilik Tottenham, Daniel Levy akan melakukan apa sahaja untuk halang Harry Kane daripada menyertai Manchester United pada jendela perpindahan akan datang.
Baca Juga:
- Levy Minta Kane Lupakan Manchester United Kerana Serik Selepas Rundingan Berbatov
- Andy Cole: Newcastle Sudah Ada Alexander Isak, Tak Perlu Bawa Masuk Harry Kane
- Tottenham vs Man City: Kane Hancurkan City Dan Jadi Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Spurs
Masa depan Harry Kane menjadi tanda tanya selepas pemain itu masih menangguhkan untuk menandatangani kontrak baharu dengan pasukan berpangkalan di London itu.
Levy akan buat apa sahaja halang Kane
Ini bukanlah pertama kali Levy menghalang Harry Kane daripada menyertai kelab lain terutama sekali Manchester United.
Beberapa tahun lalu, Levy pernah mengingkari janjinya kepada Kane. Di mana beberapa tahun lalu dia memberitahu Kane, jika pemain itu tidak menang sebarang piala dalam masa 3 tahun selepas melanjutkan kontraknya, dia boleh pergi ke kelab lain.
Namun Levy kemudian menghalang Kane daripada menyertai Manchester City atas alasan kelab itu adalah musuh sesama dalam satu liga.
Membuatkan Kane terpaksa kekal di kelab itu. Walaupun pada akhir musim sebelum itu Kane sudah mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Spurs dalam aksi terakhir pasukan mereka di tempat sendiri.
Erik Ten Hag mahukan Kane ke United
Kehadiran Erik Ten Hag di Manchester United telah membuatkan Harry Kane menjadi antara sasaran utama kelab itu.
Kelab itu sudah pastinya tidak akan menandatangani Wout Weghorst secara tetap.
Harry Kane menjadi pemain yang dianggap sempurna untuk Manchester United.
Seorang penyerang prolifik dan juga penyerang utama England. Yang dianggap Gary Neville menepati ciri ciri United. Kerana dalam sejarah kelab itu, penyerang handalan negara mereka ramai yang menjadi legenda di United termasuk Wayne Rooney.
Beberapa bulan lalu Daniel Levy menegaskan bahawa dia tidak akan membenarkan dan akan cuba halang Harry Kane menyertai Manchester United. Dan sedia menawarkan kontrak baharu yang tidak mampu ditolak oleh legenda kelab itu.
Manchester United see Harry Kane as the perfect goalscorer for the project. Erik ten Hag is looking for this kind of profile, a traditional number 9, a goalscorer, a physical player. Daniel Levy will try his best to keep him. [@FabrizioRomano] pic.twitter.com/Ok0hkxXYSe
— United Zone (@ManUnitedZone_) April 24, 2023
Jika United berkeras mahu mendapatkan Kane, Spurs sedia meminta £100 juta daripada United untuk pemain yang ketika itu kontraknya hanya berbaki setahun.
Selain itu Daniel Levy juga ada plan B jika pemain itu mahu meninggalkan kelab itu. Di mana dia akan sedia mendengar tawaran daripada kelab luar England untuk pemain itu dengan harga lebih murah sekitar £80 juta.
Sources believe that while Daniel Levy might be prepared to listen to an offer in the region of £80m (€90m) from abroad for Harry Kane, he will demand at least £100m (€113m) from English clubs and may even decide to reject all bids from the Premier League [@Matt_Law_DT] pic.twitter.com/bpGD5ywQRd
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) April 24, 2023