Bekas Pengarah Sukan Paris Saint-Germain (PSG), Leonardo Araujo menegaskan bahawa kelab tersebut akan menjadi lebih baik sekiranya pemain bintang, Kylian Mbappe meninggalkan Les Parisiens.

Seperti diketahui, hubungan kurang baik Leonardo dan pemain berusia 24 tahun itu telah menjurus kepada pemecatan beliau pada Mei tahun lalu.

Nama Mbappe sememangnya menjadi tumpuan dunia bola sepak kerana beliau dikatakan mempunyai pengaruh kuat dalam pembelian pemain serta pemilihan dalam kelab itu.

Sehubungan dengan perkara tersebut, Leonardo melihat Mbappe lebih banyak mendatangkan masalah buat PSG.

“Demi kebaikan PSG, saya rasa sudah tiba masanya untuk melihat Mbappe pergi [meninggalkan pasukan], tidak kira apa jua keadaan sekali pun.”

“Paris Saint-Germain wujud sebelum Kylian Mbappe dan ia akan terus wujud selepasnya,” ujar Leonardo menurut laporan Goal.

“Dia telah berada di Paris selama enam tahun dan sepanjang enam musim itu, lima kelab berbeza telah memenangi Liga Juara-Juara Eropah (merujuk kepada kejayaan Real Madrid pada 2018 dan 2022, Liverpool pada 2019, Bayern Munich ketika 2020, Chelsea di musim 2023 dan Manchester City).”

“Tiada satu pun daripadanya mempunyai Kylian Mbappe dalam barisan pemain mereka. Ini bermakna kemungkinan sepenuhnya boleh sahaja memenangi kejohanan tersebut tanpa kehadirannya.”

Peluang terbaik dimiliki oleh PSG untuk menjuarai saingan paling berprestij itu ialah pada musim 2020 tetapi mereka tumpas di tangan Bayern Munich hasil jaringan tunggal Kingsley Coman pada minit ke-53.

 

Sumber