Pemain import baru pasukan Terengganu FC, Lee Tuck menjaringkan 2 gol dalam perlawanan bertemu pasukan Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu yang telah berlangsung semalam.

Apa yang lebih menarik adalah jaringan ke 4 pasukan Terengganu hasil dari rembatan dari tengah padang Lee Tuck yang telah melemaskan penjaga gol Selangor FA, Norazlan Razali menjadi bualan ramai peminat bola sepak Malaysia hari ini.

Lihat: Kedudukan Terkini Liga Super Malaysia 2018

Terdapat juga suara-suara yang mahu video gol Lee Tuck ini dihantar untuk pertimbangan anugerah Puskas, seperti yang pernah diterima oleh Faiz Subri sebelum ini.