Pasukan Terengganu FC, melalui laman sosial rasmi mereka mengesahkan Lee Jun-hyeob menyertai pasukan itu sebagai pemain import kelima menggantikan Kim Hyun Woo yang mengalami kecederaan dalam kuota pemain Asia untuk musim 2018.

Dengan perkembangan ini, Lee Jun-Hyeob dijangka akan diturunkan dalam pertemuan ‘East Cost Derby’ bertemu Kelantan FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada hari Selasa.

Kecederaan ACL Halang Kim Hyun Woo Beraksi

Kim Hyun Woo terpaksa diketepikan awal musim ini ekoran dibelenggu masalah kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) serius ketika perlawanan antara pasukan Terengganu FC bertemu kelab dari Kemboja, Army FC dalam aksi pra musim Januari lalu.

Kim dijangka berehat sekurang-kurangnya 6 bulan dan difahamkan akan melakukan rawatan lanjut di luar negara. Walaupun terasa agak terkilan tidak dapat membantu Terengganu FC bagi musim 2018, Kim tetap optimis akan kembali pulih dan cergas sepenuhnya untuk kembali beraksi.

30hm63vr_1501356438

Terengganu membawa masuk bekas bintang Ulsan Hyundai, Park Seung il namun selepas melihat aksinya dalam beberapa perlawanan persahabatan, ketua jurulatih Irfan Bakti membuat keputusan untuk mengugurkan pemain tersebut yang tidak memenuhi visi mereka untuk musim ini.

Terengganu FC Sasar 1 Piala Musim 2018

Manurut Irfan Bakti, Terengganu FC mensasarkan sekurang-kurangnya 1 piala pada musim 2018 ini.

“Ini salah satu objektif kami merangkul sekurang-kurangnya satu piala. Walau bagaimanapun saya akui ini bukan satu tugasan mudah namun kami akan berusaha untuk mencapai impian itu,” kata Irfan Bakti.