Baru-baru ini, terdapat laporan yang mengatakan bahawa perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia menentang Yemen dibatalkan dan perkara ini adalah satu berita yang tidak benar.

Baca Juga:

Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football di laman media sosial dimana mereka menyatakan perlawanan antara kedua-dua pasukan bakal ditunda ke bulan Oktober.

Akan tetapi, beberapa pihak dari skuad kebangsaan terus menafikan berita tersebut dengan mengatakan perkara itu adalah tidak benar.

Pada jendela FIFA bulan Jun nanti, selain menentang Yemen, Malaysia akan turun menentang Solomon Island dan dua perlawanan ini akan diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal, Gong Badak.

Pada jendela FIFA bulan Mac lalu, pasukan negara bimbingan Kim Pan-gon berjaya mencatat dua kemenangan ketika berdepan Turkmenistan dan Hong Kong sekaligus memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA.

Skuad kendalian Kim Pan-gon itu menewaskan Turkmenistan (ranking 135) 1-0 pada 23 Mac lepas hasil jaringan tunggal Akhyar Rashid pada minit ke 28.

Berdasarkan perkongsian daripada laman sesawang Footy Rankings, keputusan tersebut sekaligus memberikan tambahan mata sebanyak 5.27 dalam ranking FIFA sekaligus naik ke tangga 139 dunia dengan jumlah 1077.29 mata.

Pada perlawanan kedua, Harimau Malaya mengutip sebanyak 4.84 mata hasil kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong (ranking 146) sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1083.13 mata.

Kali terakhir Malaysia masuk dalam kelompok 130-139 dunia adalah pada Ogos 2010. Kedudukan ini boleh berubah sekiranya Malaysia konsisten mencatat kemenangan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang seterusnya.

Dua aksi pada Jun ini dijadikan sebagai persiapan untuk pasukan negara yang bakal beraksi dalam temasya Piala Asia 2023 di Qatar.