Frank Lampard dengan dramatik telah menyalahkan pengurusan lama sebelum ini sebagai punca pasukan itu terus tumpul di hadapan gol.
Baca Juga:
- Chelsea vs Brentford: Skuad Lampard Alami Kekalahan Kelima ‘Straight’
- Frank Lampard: “Kalau Ada Yang Takut, Maka Jangan Datang Ke Perlawanan Ini”
- Chelsea Ingatkan Pemain Akan Dipotong Gaji 30% Jika Gagal Ke UCL
Skuad Chelsea kalah lagi dan terus berada di luar 10 teratas dalam carta Liga Perdana Inggeris.
Mereka tewas 0-2 kepada Brentford. Menyebabkan Chelsea kini cuma 10 mata di atas zon penyingkiran. Dan masih perlu beraksi menentang Man City, Arsenal, Man United dan Newcastle.
Chelsea n’est mathématiquement pas encore maintenu en Premier League 🥶
On a encore Arsenal, Man City, Man United et Newcastle a joué 😭 pic.twitter.com/L5VUoLSb2s
— ChelseaFR (@Chelsea_FR_) April 26, 2023
Frank Lampard pertahankan taktikalnya
Frank Lampard mendapat kritikan sangat teruk kerana pemilihan kesebelasan utama yang dianggap tidak memuaskan.
Namun pengurus asal England itu mempertahankan pemilihan kesebelasan utamanya. Dia menegaskan pemilihan tersebut bukan dibuat atas dasar pilih kasih, memandangkan ada yang menuduh Lampard terlalu ‘Inggeris’ dalam memilih pemain.
Lampard menegaskan pemilihan pasukan adalah berdasarkan kesesuaian taktikal. Pemain yang dipilih adalah pemain yang sesuai dengan perancangan taktikalnya.
Namun Lampard kecewa kerana isu ketumpulan di hadapan gol membelenggu Chelsea. Dengan dia menganggap masalah itu sebagai masalah yang sudah wujud sejak era pengurusan terdahulu.
Merujuk kepada era Thomas Tuchel dan Graham Potter.
Lampard menjelaskan bagaimana masalah itu ibarat sudah kritikal dan sukar untuk diperbaiki.
Lampard tidak mahu menyalahkan para pemain. Malah simpati dengan mereka kerana berdepan dengan masalah krisis keyakinan diri.
“Saya tak salahkan pemain pemain saya. Malah saya simpati dengan para pemain,” tegas Lampard.
“Jika kita dapat balik 20% lagi keyakinan itu, kita boleh menang perlawanan ini,” kata Lampard selepas pasukannya dimalukan Brentford di gelanggang sendiri.
Menjadikan ia kekalahan kelima Frank Lampard secara berturut turut sejak mengambil alih sebagai interim daripada Graham Potter.
Menjelaskan tentang isu pemilihan kesebelasan utama. Lampard menegaskan bahawa pemain pemain yang dipilih adalah mereka yang mampu beraksi dengan taktikal yang dimahukan.
Ini salah pengurusan lama
Malangnya mereka berdepan masalah ketumpulan di hadapan gol yang merupakan masalah daripada pengurusan lama.
Lampard says he picked a starting line up that delivered a tactical performance. He says that the goal issues pre-date him. "It's a clear issue for the squad." #CFC #CHEBRE
— Nizaar Kinsella (@NizaarKinsella) April 26, 2023
Lampard sudah dijamin akan terus kekal di Chelsea sehingga akhir musim ini.
Pasukan itu dalam proses untuk melantik Mauricio Pochettino. Dan pengurus itu hanya akan memulakan tugasannya pada pra musim akan datang.