Selepas mengharungi musim 2022/2l3 yang cukup menghampakan, Jurgen Klopp melihat keperluan untuk skuad kendaliannya berbelanja bagi menghadapi jendela musim panas nanti.
Baca Juga:
- Liverpool vs Arsenal: The Reds Bangkit Ikat The Gunners Di Anfield
- Liverpool vs Manchester United: The Reds Bantai Setan Merah 7-0
- Bournemouth vs Liverpool: The Reds Dimalukan Di Vitality Stadium
Selepas mengharungi 29 perlawanan, Liverpool hanya mencatatkan 12 kemenangan manakala lapan kali meraih keputusan seri dan sembilan kekalahan.
Prestasi hambar tersebut sekali gus meletakkan The Reds ditangga kelapan dengan mengumpul 44 mata, ketinggalan lima mata dibelakang Brighton.
Selepas membelasah Manchester United 7-0, Liverpool gagal untuk mencipta sebarang kemenangan pada lima perlawanan terakhir.
Sehubungan dengan itu, Klopp menyedari hakikat perlu mencari pemain baharu dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan pasukannya.
Pada ketika ini beberapa pemain telah dikaitkan dengan Liverpool seperti Mason Mount, Aurelien Tchouameni dan Ryan Gravenbach.
“Kami bermain pada musim yang sangat biasa [merujuk kepada prestasi Liverpool pada musim ini],” ujar Klopp menurut sumber laporan Goal.
“Kami perlu melakukan proses jual beli dalam pasaran, kami akan melakukannya. Berbelanja dalam bola sepak yang digabungkan dengan ilmu bola sepak boleh menjurus kepada peningkatan pasukan. Itulah kemungkinannya.”
“Jadi, tiada ujikaji roket sains yang kami bincangkan tentang perkara ini. Kami mempunyai tahun dimiliki, tetapi kami akan bersedia untuk kembali bersaing, untuk apa-apa sahaja. Kami akan melihat perkara ini, anda anda menyaksikannya,” tambah Klopp lagi.
Musim ini menyaksikan Klopp membawa masuk Darwin Nunez, Cody Gakpo dan Arthur Melo selepas kehilangan pemain-pemain seperti Sadio Mane, Takumi Minamino dan Divock Origi.