Seperti yang kita tahu, tahun 2019 adalah dimana Malaysia akan mempunyai wakil dalam saingan peringkat kumpulan serta kelayakan play-off AFC Champions League buat kali pertama.
Dengan JDT selaku juara Liga Super 2018 layak ke peringkat kumpulan secara automatik dan Perak selaku naib juara akan beraksi dipusingan kelayakan play-off, selepas Pahang yang juga juara Piala FA tidak dibenarkan memohon lesen kelab AFC.
Melihat kepada susunan pasukan dalam peringkat kelayakan 2 play-off, Perak akan bertemu Kitchee dari Hong Kong pada peringkat ini dan perlawanan akan berlangsung di Ipoh pada 12 Februari 2019.
Seterusnya, jika Perak berjaya mengatasi kelab dari Hong Kong itu, mereka akan bertandang ke Korea Selatan dalam peringkat play-off.
Korea Selatan yang mempunyai 3 slot automatik peringkat kumpulan dan 1 slot play-ff apabila mengungguli carta AFC MA Ranking. 1 slot itu nanti akan diisi oleh pasukan tempat ke 3 atau ke 4 K-League Classic.
Ketika ini, masih tidak dapat ditentukan pasukan mana akan berada dikedudukan tersebut kerana menjadi rebutan beberapa buah pasukan.
Kedudukan semasa dalam saingan K-League, Ulsan Hyundai berada ditempat ke 3 dan layak ke pusingan play-off AFC Champions League. Tetapi, oleh kerana mereka akan beraksi dalam final Korea FA Cup dan Ulsan Hyundai masih berpeluang untuk layak ke peringkat kumpulan secara automatik jika muncul juara.
Ulsan Hyundai akan bertemu Daegu FC di final Korean FA Cup, pasukan yang akan beraksi dalam pusingan play-off adalah;
- Ulsan Hyundai: Jika tewas kepada Daegu FC dalam Final Korean FA Cup 2018.
- Pohang Steelers: Jika Ulsan Hyundai muncul juara Korean FA Cup 2018. Pohang Steelers adalah pasukan dikedudukan ke 4 K-League Classic 2018.
Salah satu dari pasukan diatas (Ulsan Hyundai atau Pohang Steelers) akan menjadi halangan terakhir pasukan Perak jika mahu layak beraksi dalam peringkat kumpulan AFC Champions League 2019.
Baca juga: Simulasi Kedudukan JDT Dalam Peringkat Kumpulan AFC Champions League 2019