Peminat skuad kebangsaan Indonesia berang dengan tindakan pemain pertahanan Vietnam, Doan Van Hau yang melakukan terjahan keras terhadap pemain mereka ketika aksi separuh akhir pertama saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 baru-baru ini.
Baca Juga:
- Park Hang Seo: “Tak Bagus Indonesia Tukar Waktu Sepak Mula”
- Steve Darby Kecam Tindakan Doan Van Hau
- Park Hang-seo: Sejak Jadi Pelatih Vietnam, Saya Tidak Pernah Kalah Dari Timnas Indonesia
Van Hau meneruskan perangai buruknya dalam saingan Piala AFF edisi kali ini dimana beliau membuat kekasaran ke atas salah seorang pemain Indonesia, Dendi Sulistyawan ketika perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno.
#INAVIE #AFF2022
SemiFinal 1st Leg
Doan Van Hau (VIE) should have beed red carded!!!
Dangerous tackle to Dendy Sulistyawan
Kartu merah cuk!! wasit aneh#AFFMitsubishiElectricCup2022 #TimnasDay koreo pic.twitter.com/CjoDGIr0Yp— Tri Hendri (@trihendri) January 6, 2023
Dalam video di atas, kelihatan Van Hau melakukan terjahan dua kaki ke atas Dendi namun pengadil tidak melayangkan sebarang kad ke atas pemain itu walaupun terjahan yang dilakukan boleh mendatangkan kecederaan serius kepada Dendi.
Selain itu, peminat skuad Garuda turut tidak berpuas hati kerana selain Van Hau tidak dilayangkan sebarang kad, pemain itu turut melakukan simulasi dimana beliau turut terjatuh dan berpura-pura mengalami kecederaan.
Selain Dendi, seorang lagi pemain Indonesia, Ricky Kambuaya turut menjadi mangsa kepada permainan kotor Doan Van Hau dalam insiden ketika penghujung permainan.
Dalam video dibawah, jelas Van Hau mengasari Ricky tetapi pengadil sekali lagi terlepas pandang insiden tersebut dan tidak memberikan sepakan penalti kepada Indonesia.
Nih org lagi main drama bukan bola bro hhh pic.twitter.com/ldv5eEl1xj
— Siapaaku_ (@YouKnow_35) January 6, 2023
Sebelum ini, ketika aksi kumpulan B menentang Malaysia, Azam Azmi Murad menjadi mangsa terawal Van Hau sehingga menyebabkan pemain Terengganu itu dilayangkan kad merah oleh pengadil.
Van Hau menyiku Azam di bahagian dada pada separuh masa pertama namun pengadil ketika perlawanan tersebut, Ryuji Sato tidak melayangkan sebarang kad dan tidak memberikan sepakan penalti kepada Malaysia.
Goal scoring opportunity? Clear penalty! š” @affmecup pic.twitter.com/blRSJZlh28
— Taslim Razin (@manarianz5) December 27, 2022
Insiden kedua terjadi dimana Azam mahu mengeluarkan bola dari kawasan penalti dan kemudiannya dikasari oleh Van Hau. Akan tetapi, pengadil menyalahkan Azam dalam insiden tersebut dan beliau dilayangkan kad merah serta Vietnam diberikan sepakan penalti.
Bekas ketua jurulatih Perak dan TRW Kelantan, Steve Darby mengecam tindakan Van Hau dan menganggap pemain itu sebagai kesilapan bodoh dan sepatutnya dibuang dari skuad kebangsaan yang beraksi dalam edisi kali ini.