Lagenda skuad TRW Kelantan, Badhri Radzi atau yang lebih mesra dengan panggilan Piya bersuara mengenai krisis yang sedang dialami oleh bekas majikannya itu.
Baca Juga:
- Individu Ini Nasihati Andik Vermansah Agar Tidak Sertai TRW Kelantan
- Peguam Tidak Main-Main Mahu Beli TRW Kelantan
- FAM: Kelantan Gagal Daftar Pemain Asing Baharu Kerana Kelemahan Sendiri
Kelantan sekali lagi menjadi bualan peminat bola sepak tanah air selepas dibelasah Selangor dengan keputusan 11-2 dalam satu aksi Liga Super 2023 di laman sendiri baru-baru ini.
Meskipun menjaringkan dua gol awal, namun pemain Kelantan gagal menyekat kebangkitan Selangor dengan melepaskan 11 jaringan pada perlawanan tersebut.
Piya menerusi laman media sosial Instagram miliknya berkata Kelantan sudah biasa dilanda masalah namun krisis yang dialami kali ini terlalu berat.
“Pasukan Kelantan ini tiap tahun ada masalah. Tapi kali ini terlalu berat sangat,” kata Piya.
Selepas dibelasah Selangor, pemilik TRW Kelantan iaitu Norizam
Tukiman atau Zamsaham menjadi sasaran amarah peminat dimana mereka meminta agar ahli perniagaan itu bertanggungjawab di atas kekalahan besar yang dialami pasukan.
Musim ini, Kelantan tiga kali dibolosi dengan jaringan besar oleh pasukan lain dalam saingan Liga Super yang mana mereka tewas kepada Terengganu dengan keputusan 8-0 dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 10-0.
Peminat mahu Zamsaham agar melepaskan pasukan kepada pihak lain yang berminat untuk membeli kerana mereka sudah bosan dengan kekalahan demi kekalahan musim ini serta kelibat Zamsaham yang menurut mereka hanya pandai berbual.
Pada perlawanan selepas ini, Kelantan akan menerima kunjungan pasukan Sabah di laman sendiri dan tidak mustahil satu lagi keputusan besar bakal berlaku kerana pemain Kelantan tidak mempunyai motivasi terbaik selain Sabah berada dalam prestasi terbaik.