Bekas pemain PSV Eindhoven, Manchester United dan QPR iaitu Park Ji-sung hari ini diumumkan secara rasmi sebagai penasihat baharu kelab gergasi Korea Selatan – Jeonbuk Hyundai.
Memetik satu artikel dari The Korea Herald, pelantikan Park Ji-sung itu diharapkan dapat memberikan manfaat kepada Jeonbuk Hyundai dengan ilmu bola sepak eropah yang dimiliki oleh beliau.
Jeonbuk Hyundai juga menyatakan bahawa bekas kapten Korea Selatan itu akan berkerja dengan mereka secara part-time basis dimana Park Ji-sung juga mempunyai tugasan lain di Britain.
📰 NEWS | Jeonbuk have appointed South Korean legend and former QPR and PSV Eindhoven midfielder Park Ji-sung as a club advisor.#KLeague | #K리그 | #JEO pic.twitter.com/ofkqfrC15c
— Matthew Binns (@Matt_Binns) January 19, 2021
Selain itu, Park Ji-sung juga akan memberikan nasihat serta pandangan dalam perkara berkaitan dengan perangkaan atau perancangan pembangunan pemain, scouting serta latihan.
Pihak kelab juga mahu Park Ji-sung turut terlibat dan memegang tanggungjawab sebagai Technical Director dalam perkara berkaitan dengan perpindahan dan pengambilan pemain kelab itu.
“Saya sudah lihat dan belajar perkara yang hebat dari sistem yang maju di eropah. Saya telah meluangkan banyak masa untuk mengkaji mengenai perkara ini selepas bersara dan saya akan lakukan yang terbaik untuk menjadikan Jeonbuk lebih kuat.”
Dengan lantikan ini juga bermakna Park Ji-sung buat pertama kalinya akan berkerja dengan entiti dalam K.League selepas karier penuh warna warni bersama kelab di Jepun, Belanda dan England.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.
Accra Lions FC Umumkan 2 Pemain Muda Mereka Dipinjamkan Ke Pasukan Selangor FC II Musim 2021
Pendapatan Kelab J1 League Bernilai RM3.48 Bilion, Hasil Merchandise Hanya Menyumbang 8.81% Sahaja
Kelab Kemboja Ini Berjaya Raih ‘Sumbangan’ Lebih RM100,000 Dalam Tempoh Kurang 10 Hari