Kylian Mbappe membuatkan pengurusan tertinggi PSG sangat terkejut apabila dia dilaporkan tidak mahu lanjutkan kontrak di kelab itu.

Kontrak semasa Mbappe adalah berbentuk 2+1 tahun. Dua tahun adalah kontrak wajib dan setahun lagi adalah pilihan ataupun optional.

Bermakna kontrak yang ditandatangani Mbappe pada musim panas lalu akan berakhir pada musim panas 2024.

Mbappe yang baru dilantik menjadi kapten kelab pada pertengahan musim lalu, malah dikatakan sudah menghantar surat rasmi menyatakan tentang dia tak akan mengaktifkan klausa lanjutan setahun lagi.

Dalam kontrak Mbappe, dia ada kuasa penuh ke atas lanjutan semusim itu.

Di mana biasanya, kelab yang dan pemain harus mencapai kesepakatan bersama untuk lanjutan setahun pilihan itu. Tetapi untuk Mbappe, dia boleh mengaktifkan kontrak itu dengan sendirinya.

Itulah sebabnya Mbappe dianggap memiliki kuasa ala pemilik di PSG.

Selain daripada kedudukannya sebagai teras projek PSG, yang membuatkan dia diberikan kuasa dalam memberikan pandangannya tentang perlantikan jurulatih dan jual beli pemain.

Mbappe dilaporkan sangat tidak gembira selepas PSG disingkirkan Bayern daripada pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah musim ini.

Dan ketika itu Mbappe memutuskan mahu meninggalkan PSG selepas 2024 dan tidak akan lanjutkan kontrak beliau di kelab Paris itu.

Real Madrid sekali lagi menjadi kelab yang dikaitkan dengan Mbappe. Lebih lebih lagi ketika kelab itu baru sahaja kehilangan Karim Benzema ke kelab Arab Saudi, Al Ittihad.

PSG akan membincangkan situasi Mbappe. Kerana mereka mungkin tidak mahu untuk kehilangan Mbappe secara percuma begitu sahaja selepas membeli pemain itu €180 juta daripada AS Monaco.

PSG baru sahaja kehilangan Lionel Messi secara percuma selepas pemain itu memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak. Messi kini menyertai kelab MLS iaitu Inter Miami.

Jadi, jika mereka mahu elakkan diri daripada kehilangan Mbappe secara percuma, PSG boleh bertindak segera menjual Mbappe pada jendela perpindahan kali ini.

Namun harga untuk pemain itu pastinya sangat tinggi. Menyukarkan mereka menjualnya. Atau adakah PSG sedia mengurangkan harga Mbappe?