Bintang bola sepak Perancis, Kylian Mbappe semakin hampir menyertai kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid menurut laporan daripada The National. Ia juga turut disahkan oleh bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG).

Mbappe dianggap sebagai pemain yang paling mahal di planet bumi dengan nilai perpindahan di antara £180 million (RM970 juta) dan £200m (RM1078 juta).

Malah, muka depan surat khabar Sepanyol turut melaporkan PSG tidak akan menyambung kontrak Mbappe sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai perpindahan pemain itu ke Los Blancos.

https://twitter.com/damiannpereyra1/status/1249500112310669312

Pemain yang berusia 21 tahun itu sudah membuktikan ketajamannya penyudahnya bersama PSG apabila menjaringkan 90 gol serta mencipta 49 ‘assist’ dalam 120 perlawanan.

Sebelum ini, Presiden Real Madrid, Florentino Perez menegaskan bahawa kelab gergasi Sepanyol itu tidak menyimpan hasrat untuk merekrut sama ada Kylian Mbappe atau Neymar dari PSG.

Namun, bekas pemain tengah PSG, Jerome Rothen mendedahkan kepada Radio Montercarlo, PSG telah mencapai satu persetujuan dengan kelab bimbingan Zinedine Zidane dalam perpindahan Kylian Mbappe.

“Saya tahu dari sumber kelab mengatakan perpindahan Kylian Mbappe ke Real Madrid semakin hampir menjadi kenyataan. Tetapi dengan apa yang berlaku sekarang (Wabak Pandemik COVID-19), ketibaan Mbappe ke sana terpaksa ditangguhkan dulu,” kata Rothen.

maxresdefault (3)
Kylian Mbappe

Malah, Rother turut menegaskan Mbappe tidak akan menandatangani apa-apa kontrak lanjutan bersama PSG yang mana ia akan berakhir pada tahun 2022.

“Tidak ada cara untuk memastikan Mbappe menyambung kontraknya dengan PSG. Mereka akan mencapai persetujuan bersama kerana PSG mahu melepaskannya pada musim panas ini. Pada pandangan saya, ia hanya menunggu masa untuk mengumumkannya,” tambahnya.

Lagi artikel menarik mengenai bola sepak dunia melalui pautan dibawah.

Pirlo: Maestro & Komposer Yang Menentukan Irama Serta Alunan Dengan Kakinya

Zenit Guna Dron Serah Trofi Pemain Terbaik Kepada Malcom

Scholes: United Masih Jauh Di Belakang City & Liverpool Walaupun Ada Fernandes