Pengerusi Malaysia Football League (MFL), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim jelas kecewa dengan kualiti trofi yang disampaikan kepada pemenang-pemenang dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018.

Menurut TMJ melalui kemaskini Twitter terbaru menyatakan pihak yang bertanggungjawab dalam perkara itu mahu melihat mereka menghantar surat meletakkan jawatan dengan serta-merta.

TMJ juga mengarahkan pihak MFL dan juga iFlix untuk melakukan siasatan lanjut serta memberikan trofi anugerah yang mempunyai kualiti yang lebih baik kepada pemenang pada malam itu.

Bagaimana Rupa Trofi Anugerah Yang Memalukan Itu?

Paling mengecewakan peminat adalah kualiti trofi untuk pemenang kasut emas yang jelas tidak menggambarkan ianya diberikan sebagai satu penghargaan kepada usaha pemain untuk mencapai status penjaring terbanyak.

Screen Shot 2018-11-07 at 1.10.26 AM

 

Cukup berbeza dengan trofi yang diterima pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 yang lalu seperti yang diterima oleh Baddrol Bakhtiar dan juga Guillherme de Paula, yang jelas lebih berkualiti, saiz yang sempurna serta bersesuaian dengan nama anugerah itu sendiri.

DRqL2IwUEAE27Xn

Lihat kepada reaksi Shafiq Shaharuddin yang menerima anugerah penjaring terbanyak bagi kategori pemain tempatan, tidak dapat dipastikan samada ekspresi wajah beliau itu adalah gembira dinobatkan untuk sebagai pemenang anugerah atau terkejut dengan apa yang diterima.

https://twitter.com/MoralDell/status/1059829165803765761

Semoga Anugerah Bola Sepak 2019 (ABK19) akan lebih baik dan lebih berprestij bagi menghargai penat lelah serta usaha pemain yang telah beraksi sepanjang musim.

Senarai pemenang ABK18

Pemain paling bernilai – Safawi Rasid (JDT)
Penjaga gol terbaik – Farizal Marlias (JDT)
Pertahanan terbaik – Shahrul Saad (Perak)
Pemain tengah terbaik – Safawi Rasid (JDT)
Penyerang terbaik – Akhyar Rashid (Kedah)
Pemain muda harapan – Safawi Rasid (JDT)
Jurulatih terbaik – Mehmet Durakovic (Perak)
Pemain paling popular – Lee Tuck (Terengganu FC)
Pemain import terbaik – Rufino Segovia (Selangor)
Pemain ASEAN terbaik – Hariss Harun (JDT)
Kasut emas – Rufino Segovia (Selangor – 31 gol)
Penjaring terbanyak Liga Super – Rufino Segovia (Selangor – 31 gol)
Penjaring terbanyak pemain tempatan Liga Super – Shafiq Shaharudin (Kelantan – 6 gol)
Penjaring terbanyak Liga Perdana – Casagrande (FELCRA FC – 19 gol)
Penjaring terbanyak pemain tempatan Liga Perdana – Bobby Gonzales (Sarawak – 13 gol)
Pasukan terbaik – JDT
Penyokong terbaik – JDT
Media sosial terbaik – JDT
Laman web terbaik – JDT
Anugerah Fair Play – Melaka United