Isu penundaan perlawanan kumpulan D unifi Piala Malaysia 2018 diantara Sabah FA dan Pahang FA menjadi bualan para peminat bola sepak Malaysia bukan sahaja dikalangan penyokong kedua-dua pasukan yang terlibat.

Rentetan dari keputusan pada saat-saat akhir oleh MFL itu mengakibatkan banyak pihak mengalami kerugian termasuk MFL sendiri.

Vocket FC menyelusuri beberapa tarikh penting yang terlibat dalam kekusutan ini.

  1. 20 Julai 2018 Sabah diumumkan sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2018 pada 16 September oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo.
  2. 30 Julai 2018, majlis undian peringkat kumpulan unifi Piala Malaysia 2018 diadakan di DPAC, Damansara Perdana.
  3. 8 Ogos 2018, SAFA telah membuat permohonan pemindaan tarikh atas faktor kekurangan anggota keselamatan dan perubatan.
  4. 13 Ogos 2018, MFL telah membalas surat kepada SAFA dengan menyatakan menggunakan anggota keselematan sedia ada termasuk sekuriti dengan perancangan lebih awal supaya perlawanan dapat diteruskan seperti biasa. Tiada maklumbalas dibuat oleh SAFA selepas menerima surat tersebut.

41831309_2156290864443407_7985785010172985344_o

Berdasarkan 4 tarikh diatas, perlawanan sepatutnya berlangsung seperti biasa kerana permohonan untuk menunda perlawanan telah ditolak oleh MFL.

Selain itu, pihak PBNP juga tidak dimaklumkan kerana perlawanan itu dianggap akan berjalan seperti biasa.

6. 16 September 2018, kerajaan negeri Sabah melalui YB Datuk Peter Anthony, Menteri Pembangunan Infrastruktur, menghantar surat kepada pihak FAM untuk menunda perlawanan tersebut dengan alasan mereka memerlukan sokongan warga Sabah untuk memeriahkan acara Sambutan Hari Malaysia 2018.

Mengikut kemaskini dari laman sosial MFL, pihak mereka hanya menerima surat rasmi dari Kerajaan Negeri Sabah pada jam 12 tengahari tadi.

41785539_2155984941140666_8269686991298232320_o

MFL tidak meluluskan pindaan tersebut adalah kerana perlawanan ini merupakan perlawanan terakhir penentuan kumpulan. Jadi ianya harus dibuat pada hari dan waktu yang sama bagi mengelakkan kes percaturan perlawanan. Jika perlawanan ini dipinda, maka kesemua perlawanan termasuk perlawanan lain juga akan mengalami perubahan serta merencatkan perancangan yang telah dibuat untuk semua perlawanan.

Pada ketika permohonan dibuat, kesemua pasukan masih layak untuk ke peringkat Suku Akhir, jadi tidak adil bagi kesemua pasukan ketiga dan keempat jika perlawanan dibuat pada hari berlainan. Tetapi berbeza dengan hari ini kerana mengikut carta kedudukan, Sabah dan Pahang kedua-duanya telah layak ke pusingan Suku Akhir dan jika dipinda tidak melibatkan pasukan yang ketiga dan keempat.

Ianya juga mengambil kira perlawanan Suku Akhir Pertama akan berlangsung pada 21 & 22 September. Jika perlawanan itu dipinda, ianya akan merencatkan tempoh rehat dan persediaan bagi pasukan yang akan berentap di pusingan tersebut.

Ada juga sebab yang berkaitan dengan hak penyiaran serta penajaan menjadi punca penolakan permohonan penundaan perlawanan ini.

Namun, pihak MFL tidak mampu untuk menolak arahan kerajaan negeri Sabah dan terpaksa akur atas arahan yang telah dikeluarkan.

Video Pengumuman Penundaan Perlawanan Dari Sabah FA