Berita gembira untuk peminat bola sepak Korea Selatan apabila skuad The Taegeuk Warriors bakal berdepan pasukan Brazil dalam satu perlawanan persahabatan yang dijadualkan berlangsung pada 19 November 2019.
Perkara ini disahkan oleh Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) menerusi satu pengumuman di laman web rasmi badan induk itu pada Ahad lalu.
Menurut CBF, skuad bimbingan Tite itu terlebih dahulu akan turun menentang musuh tradisi iaitu Argentina pada 15 November. Perlawanan antara dua pasukan terhandal dari Amerika Selatan itu akan berlangsung Stadium King Saud University di Riyadh, Arab Saudi.
Empat hari kemudian, Korea Selatan menjadi lawan seterusnya dimana perlawanan tersebut bakal diadakan di Stadium Mohammed bin Zayed, Abu Dhabi.
Berkemungkinan besar Brazil akan membawa pemain bintang mereka seperti Gabriel Jesus, Philippe Coutinho, Roberto Firmino dan pemain termahal dunia, Neymar bagi menghadapi Argentina dan Korea.
Namun, peluang Neymar untuk beraksi dilihat tipis setelah pemain Paris Saint-Germain itu mengalami kecederaan pangkal paha ketika perlawanan menentang Nigeria di Singapura baru-baru ini.
Terdahulu, Korea Selatan yang dibimbing oleh Paulo Bento akan berdepan Korea Utara dalam aksi perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Kim Il-Sung hari ini.
Setakat dua perlawanan kempen kelayakan, Korea Selatan telah mengutip mata penuh selepas menewaskan Turkmenistan dan Sri Lanka.
Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Korea Selatan di sini:
Sint-Truiden Tandatangani Pemain Korea Selatan, Lee Seung-woo
Akibat Menipu Gambar, Pemain Ini Diharamkan Mewakili Korea Selatan Seumur Hidup