Pihak Kopa Arena menegaskan mereka masih berminat untuk membeli saham pasukan Perak sebanyak 51 peratus sekiranya pihak pengurusan menarik balik syarat yang telah ditetapkan sebelum ini.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly dimana Kopa bersedia untuk meneruskan rancangan mereka sekiranya pihak pengurusan tidak meminta token termasuk wang tambahan.
Kopa Arena masih berminat untuk ambil alih 51% pegangan saham Perak FC jika PAFA tarik balik cadangan tambahan termasuk tambahan wang token. – Farouk Hashim, Pengurus Besar Kopa Arena. @ASTROARENA pic.twitter.com/14YMSbmCfX
— Syakirah Zulkifly (@SykrhZlkfly) November 8, 2021
Sebelum ini, Kopa Arena menangguhkan sementara hasrat mereka untuk membeli saham pasukan itu ekoran terdapat permintaan dari pihak pengurusan berupa wang tambahan token.
“Pasa 12 Oktober 2021, telah berlaku pertukaran Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang baharu, oleh itu satu perbincangan telah diadakan untuk meneruskan proses pengambil alihan ini. Akan tetapi, perbincangan ini tergantung apabila pihak PAFA mencadangkan dengan ‘cadangan tambahan’ daripada persetujuan awal. Ini termasuk tambahan wang token kepada PAFA dan juga berlaku perubahan liabiliti yang lebih tinggi dari jumlah sebelum ini.
“Oleh itu pihak KOPA mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perbincangan sehingga masa yang lebih sesuai, malah sehingga kini pihak PAFA masih belum menyatakan nilai dan liabiliti Perak FC yang lebih jelas,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan.
Berkenaan Status Kopa Arena.
Pihak KOPA ingin memberi penjelasan kpd penyokong Perak FC berkenaan status pembelian saham Perak FC
Kronology
1.Pihak KOPA berminat untuk mengambil alih pegangan saham Perak FC drpd Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sebanyak 51% utk peringkat awal— Kopa Arena (@ArenaKopa) November 6, 2021
Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) kemudiannya dilaporkan meletakkan tanda harga sebanyak RM10 juta bagi mana-mana pihak yang ingin mengambil alih kelab yang akan beraksi dalam saingan Liga Premier itu musim hadapan.
“Jika minat mengambil alih Perak FC kalau boleh pihak berkenaan memiliki dana sekurang-kurangnya RM10 juta berdasarkan kepada nilai pasukan lain.Kita boleh tengok berapa Norizam Tukiman (pemilik Kelantan FC) mengeluarkan dana untuk pasukan itu selain beberapa pasukan lain.
“Saya rasa nilai berkenaan adalah berbaloi kerana kita juga memiliki barisan pemain yang berpengalaman dan hebat. Setakat ini, perbincangan bersama beberapa pihak yang berminat untuk memiliki Perak FC adalah positif. Saya katakan sekarang ini proses perbincangan pemilikan dalam peringkat 50 peratus antara kedua-dua pihak,” kata pemangku Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
Kopa Arena Kongsi Status Terkini Proses Pembelian Saham Perak
Piala Suzuki AFF 2020: Hein Htet Aung Dan Aung Kaung Mann Dipanggil Sertai Skuad Myanmar
Modal Keras Menanti Ekor Harimau Malaya Ke Singapura, Kos VTL Sahaja Sekitar RM800 Seorang