Pengarah besar kelab divisyen 2 Jepun (J.League 2) Fagiano Okayama, Tokyhiko Suzuki mendedahkan kedudukan bekas penyerang skuad bawah 19 tahun Malaysia (B-19), Hadi Fayyadh akan ditentukan selepas tamat saingan liga pada musim ini.

Meskipun Hadi gagal mendapat minit permainan dengan pasukan utama dalam liga tersebut, namun beliau berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai pemain profesional di Jepun.

Malaysia
FOTO: FAM

Bagaimanapun, situasi tiu tidak akan menjejaskan peluangnya untuk disenaraikan dalam skuad Malaysia B-23 bagi menghadapi temasya Sukan SEA Filipina pada bulan November depan.

“Hadi dilihat dapat menyesuaikan diri dengan corak latihan dan permainan di Jepun apabila dapat bermain dengan baik dalam persekitaran yang sungguh mencabar, namun penentuan penyambungan kontrak hanya akan diputuskan selepas tamat liga musim ini,” kata Tokyhiko dalam Stadium Astro. 

Saingan liga J2 kini sudah memasuki perlawanan yang ke 35, Fagiano Okayama baru sahaja menewaskan Tokyo Verdy, 2-1 pada hari sabtu lepas. Mereka kini menghuni di kedudukan ke 8 dalam liga dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 5 perlawanan terakhir.

Difahamkan ketika ini Hadi beraksi dalam saingan JLeague Ikusei iaitu sub liga untuk pemain professional yang mendapat kurang minit permainan. Ia merupakan inisiatif dari JLeague, untuk membantu para pemain profesional yang tidak memiliki atau kurang mendapat minit permainan dalam saingan liga sebenar.

Ikusei itu sendiri sebenarnya membawa maksud pembangunan, dan jelas disini bahawa pihak JLeague cuba memberikan sokongan kepada pemain yang kurang mendapat tempat.

Sementara itu, Tokyhiko Suzuki turut mengumumkan pihaknya akan menganjurkan klinik bola sepak di Malaysia pada bulan Disember ini untuk mencungkil bakat baharu. Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan membawa seorang lagi pemain muda tempatan yang berbakat beraksi di Jepun satu hari nanti.

“Kami akan mengadakan klinik bola sepak bagi mencungkil bakat pemain berumur 8-12 tahun. Siapa tahu mereka akan dipanggil bermain untuk pasukan di Jepun sama seperti Hadi satu hari nanti,” katanya lagi.

Baca lebih lanjut mengenai perkembangan Hadi Fayyadh ketika bersama Fagiano Okayama melalui pautan di bawah.

Ini Sebab Mengapa Hadi Fayyadh Beraksi Dalam Saingan ‘JLeague Ikusei Matchday’

Hadi Fayyadh Akui Kurang Dapat Minit Permainan Bersama Fagiano Okayama

Hadi Fayyadh Tidak Berstatus Pemain Import Bersama Fagiano Okayama Dalam Saingan J2 League

Sumber