Luis Enrique sudah diberikan arahan oleh pemilik PSG agar tidak menurunkan Mbappe jika pemain itu kekal musim ini.

Baca Juga:

Mbappe disyaki cuba untuk kekal semusim lagi dan pergi secara percuma ke Real Madrid.

PSG tidak mahu melepaskan pemain itu secara percuma selepas kehilangan Messi dengan percuma.

PSG memberikan tekanan kepada Mbappe untuk melanjutkan kontraknya atau dia akan dijual.

Namun langkah menjual Mbappe bukan mudah kerana ia turut memerlukan persetujuan pemain itu sendiri.

Relevo melaporkan sudah berlaku konflik pendapat antara pemilik kelab dan juga pengurus. Di mana Luis Enrique dikatakan tidak bersetuju dengan cara itu.

Pada pandangan Enrique, pemain itu masih ada kontrak semusim lagi dan pengurus masih berhak untuk menurunkannya atas keperluan pasukan.

Ketika ini PSG kurang senang dengan pandangan Luis Enrique. Selain itu Enrique juga tidak dibenarkan campur tangan dalam urusan menjual Mbappe.

Bermakna dia tidak boleh menghalang pengurusan tertinggi menjual pemain itu, walaupun dia merasakan dia memerlukan Mbappe bermain dalam pasukannya musim ini.

Ketika dilantik menjadi pengurus PSG, Luis Enrique sudah menyatakan bahawa dia tidak akan memberikan komen tentang pendirian kelab ke atas situasi Mbappe.

Ketika ini Luis Enrique masih berharap isu masa depan kapten antarabangsa Perancis itu akan dapat diselesaikan segera.

PSG masih memberikan peluang terakhir kepada Mbappe untuk melanjutkan kontrak sehingga tarikh akhir 31 Julai 2023 ini. Atau dia benar benar dijual.

Mbappe kini digugurkan namanya daripada pasukan yang bertandang ke Jepun untuk tugasan pra musim.

PSG meletakkan tanda harga €200 juta untuk pemain itu. Mereka sudah menghubungi Real Madrid untuk membayar angka tersebut jika mahukan Mbappe.

Jelas sekali ketika ini, Real Madrid tidak berminat untuk membayar wang sebanyak itu, walaupun beberapa musim lalu pernah menawarkan jumlah wang yang sama untuk membeli Mbappe – dan ditolak oleh PSG.

Ketika itu Mbappe turut berada di tahun akhir kontraknya. PSG enggan menjual Mbappe dan hampir kehilangan pemain itu secara percuma ke Real Madrid.

Mujur selepas itu Mbappe membuat u turn dan menolak tawaran Real Madrid untuk kekal 2 tahun lagi di PSG dengan 1 musim tambahan sebagai pilihan.

Kelab Arab Saudi, Al Hilal turut berminat mendapatkan Mbappe. Dan sedia membayar €200 juta dengan tawaran gaji €200 juta semusim selama 2 musim.

Namun buat masa ini, Mbappe kelihatan lebih memilih untuk terus kekal di PSG.

Jika dia terus kekal di PSG sehingga Julai 2023, dia akan menerima bonus kesetiaan sebanyak  €40 juta daripada kelab itu.

Selain itu PSG harus membayar Mbappe €150 juta jika mereka menjual Mbappe tanpa kerelaannya.