Karier pemain tengah skuad kebangsaan Jepun, Koji Miyoshi bersama kelab Belgian Pro League, Royal Antwerp bermula dengan langkah kanan apabila beliau menjaringkan gol pada penampilan pertama ketika Antwerp menewaskan Anderlecht dengan keputusan 2-1.

Koji menyertai Antwerp secara pinjaman selama semusim daripada kelab J1 League, Kawasaki Frontale dan pemain berusia 22 tahun ini memulakan perlawanan menentang Anderlecht di bangku simpanan. Koji dimasukkan ketika permainan berbaki 10 minit untuk tamat dan beliau menjaringkan gol pertama sekaligus jaringan kemenangan pada minit ke-87.

“Gol tersebut menjadi bukti tentang kemampuan saya dan saya telah mengambil langkah pertama bersama Antwerp. Saya perlu meraih keputusan jadi saya gembira dengan apa yang diperoleh oleh pasukan. Saya mahu menjadi watak penting bersama Antwerp,” kata Koji Miyoshi menurut laporan Japan Times.

Pemain lulusan akademi Kawasaki Frontale ini mula menarik tumpuan dan juga minat beberapa kelab di Eropah setelah menampilkan aksi cemerlang ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Jepun dalam saingan Copa America 2019. Koji menjaringkan dua gol ketika Jepun mengikat seri pasukan Uruguay pada perlawanan peringkat kumpulan C.

Koji Miyoshi
Koji Miyoshi

Pada perlawanan Belgian Pro League yang seterusnya, Royal Antwerp akan berdepan dengan Cercle Brugge dan tidak mustahil Koji akan diturunkan dalam kesebelasan utama. Setelah menjaringkan gol minggu lalu, Koji dilhat layak diberikan peluang.

Baca artikel lain mengenai Koji Miyoshi di sini:

Koji Miyoshi Semakin Hampir Sertai Royal Antwerp Secara Pinjaman

2 Kelab Divisyen 1 Belgium Berebut Bawa Koji Miyoshi Ke Jupiler Pro League