Kelab bola sepak divisyen 1 Belgium, Royal Antwerp FC dilaporkan telah membuat tawaran rasmi kepada Kawasaki Frontale untuk membawa pemain berusia 22 tahun, Koji Miyoshi ke Belanda musim ini.
Berita yang dilaporkan oleh portal sukan Sponichi Annex itu walaubagaimanapun tidak menyatakan sebarang nilai perpindahan yang ditawarkan oleh Royal Antwerp kepada juara bertahan J1 League tersebut.
Koji Miyoshi, merupakan seorang pemain yang dari sistem akademi Kawasaki Frontale, kini beraksi bersama Yokohama F Marinos secara pinjaman selama 1 musim.
Bersama Yokohama F Marinos, Koji Miyoshi telah turun melakukan 18 penampilan musim ini dengan 1,010 minit masa bermain dan menjaringkan 3 gol.
Beliau juga pernah dipinjamkan ke Hokkaido Consadole Sapporo pada musim 2018 dan berjaya melakukan 26 penampilan, merekodkan 1,776 minit masa bermain serta 3 gol dijaringkan.
Menurut Sponichi lagi, nama Koji Miyoshi mula mendapat perhatian selepas perlawanan Copa America 2019 dimana Jepun seri berdepan Uruguay dengan keputusan 2-2.
Kedua-dua gol Jepun itu telah dijaringkan oleh Koji Miyoshi dan sejak dari itu banyak kelab menyatakan minat untuk mendapatkan khidmatnya.
コパアメリカ三好のゴールで日本先制!
日本×ウルグアイ 1-0#コパアメリカ#コパアメリカ2019 pic.twitter.com/nx0Qp2BlzT
— YUMIYA@ブログアドセンス (@fox_adsense) June 20, 2019
https://twitter.com/i/status/1141864393765818368
Sebuah lagi kelab yang cuba mendapatkan khidmat Koji Miyoshi adalah Sint-Truiden VV yang dimiliki oleh sebuah syarikat Jepun.
Sint-Truiden VV kini memiliki 3 pemain Jepun – Daniel Schmidt, Yuma Suzuki, Wataru Endo, serta seorang pemain Vietnam, Nguyen Cong Phuong.