Jurgen Klopp telah meluahkan rasa tak puas hatinya ke atas mutu pengadilan yang menyebabkan pasukannya tewas 3-2 di tangan West Ham di Stadium Olimpik London.

Liverpool mengalami kekalahan pertama selepas persembahan yang agak tidak memuaskan di halaman lawan.

Klopp mempersoalkan gol pertama West Ham daripada sepakan penjuru Fornals dan kenmudian Angelo Ogbona, dilihat mengasari Alisson.

Liverpool membalas menerusi sepakan percuma cantik oleh Trent Alexander-Arnold.

Fornals kemudian meletakkan West Ham di hadapan sekali lagi sebelum Zouma menjadikan kedudukan 3-1. Origi mencuri 1 gol lewat perlawanan untuk menghidupkan semula usaha Liverpool mendapatkan mata dalam perlawanan ini.

Selain daripada insiden melibatkan Alisson, Klopp juga mempersoalkan bentesan Aaron Cresswell ke atas Jordan Henderson yang menurutnya layak menerima kad merah.

“Gol pertama, mereka mengasari penjaga gol. Siku pemain mereka naik ke atas Alisson, macamana dia menangkap bola apabila ada orang yang menariknya? Ini tak masuk akal.”

“Alasan tipikal yang digunakan adalah VAR tidak jelas dengan situasi itu, jadi apa lagi yang kamu perlukan untuk menilai situasi itu [jika tidak menggunakan VAR]?”

“Apa yang Alisson boleh buat? Sebab itu penjaga gol harus dilindungi dalam situasi seperti itu. Jika ada pemain yang menyiku penjaga gol, mustahil untuk penjaga gol melakukan save.”

“Orang akan kata, saya mencari alasan, tak! Saya menerima hakikat bahawa kami tak cukup bagus dan kalah perlawanan ini. Hari ini kami kalah, itu bukan perkara yang bagus namun saya menerimanya.”

“Namun kita bercakap tentant situasi ketika perlawanan, dan keputusan pengadil. Dia tidak melakukan lebih baik.”

“Cresswell? Pada pandangan saya, itu bentesan merbahaya. Walaupun dia menyentuh bola dahulu. Kamu tak boleh melakukan bentesan macam tu yang boleh mencetuskan apa sahaja kemungkinan [perkara buru akan berlaku].”

“Kamu boleh kata kamu sentuh bola dulu, namun kamu harus kawal badan kamu.”

“Dua situasi itu bagi saya telah mempengaruhi perlawanan ini. Dan akhirnya West Ham berjuang untuk mendapatkan 3 mata. Mereka tidak harus dipersalahkan kerana keputusan yang dibuat oleh VAR.”

Seterusnya, Jurgen Klopp menyindir pendekatan Moyes yang menurutnya terlalu kasar kali ini.

“West Ham bermain bola sepak yang sangat cantik musim ini, namun hari ini mereka bermain seperti West Ham yang lama dengan situasi bola mati.”

Baca juga artikel

EPL: West Ham Tewaskan Dan Pintas Liverpool

RASMI: Dean Smith Dipecat Selepas Catatan 7 Kekalahan Daripada 11 Perlawanan

Arteta Pertahankan Pemainnya Daripada Kritikan Ranieri