Pengurus Jurgen Klopp berkata kemenangan dalam aksi menentrManchester City pada hari Ahad tidak bermakna kejuaraan Liga Perdana adalah milik mereka dan kelab itu mesti fokus untuk memenangi semua baki perlawanan mereka untuk memastikan kejayaan.
Perlawanan di Manchester dianggap oleh banyak pihak sebagai penentu kejuaraan, dengan kemenangan Cityakan memberikan mereka kelebihan empat mata dengan baki tujuh perlawanan manakala Liverpool akan memintas pesaing mereka dengan dua mata dengan kemenangan.
Klopp menyatakan bahawa perlawanan ini tidak akan menentukan apa apa untuk Liverpool.
“Jika anda menang menentang City, yang sudah tentu cukup sukar, saya fikir tiada siapa yang akan berfikir, ‘OK, itu [kejuaraan Liga Perdana Inggeris] sudah diputuskan’ kerana kualiti lawan,” kata Klopp kepada pemberita.
“Semua orang tahu tentang kepentingan perlawanan seterusnya, tetapi selepas perlawanan ini akan ada perlawanan lain dalam pertandingan lain dan juga di dalam Liga Perdana Inggeris.”
Liverpool bersedia untuk pertembungan Titanic tersebut selepas kemenangan penting 3-1 ke atas Benfica dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah pada Selasa.
Manakala pasukan Pep Guardiola mengatasi Atletico Madrid pada malam yang sama. Walaupun menang tipis namun Man City menunjukkan aksi sangat dominan dan luar biasa membuli lawan mereka.
Pemain tengah City, Kevin de Bruyne berkata masih banyak lagi yang perlu dimainkan tanpa mengira keputusan Ahad ini.
“Sebagai pemain anda mahu memenangi perlawanan dan trofi dan jika anda mahu melakukannya maka anda perlu memenangi perlawanan besar ini,” katanya kepada laman web rasmi kelab.
“Tetapi jika anda menang, seri atau kalah, masih banyak yang perlu dimainkan.”
Rakan sepasukan De Bruyne, John Stones turut memberikan amaran kepada Liverpool bahawa City mempunyai kelebihan dalam perlumbaan selepas mereka menewaskan Liverpool untuk merebut gelaran liga dalam kempen 2018-19.